Thursday, November 20, 2008

ULASAN MALAYSIAKINI: Razak Baginda, Najib tidak terlibat.

Hari ini semua akhbar utama negara melapor kenyataan dari Razak Baginda. Beliau menunggu hampir dua minggu selepas mengadakan majlis kesyukuran di kediamannya di Damansara Heights. Razak telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 hb November dari tuduhan subahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2006. Berikut adalah ulasan umum mengenai laporan Malaysiakini.

Dari Malaysiakini
Nov 20, 08 10:10am
Speaking to the media for the first time since his acquittal from the Altantuya murder case, Abdul Razak said that neither Najib nor his wife, Rosmah, had met the Mongolian woman.
sumber: Abdul Razak: Najib not involved Malaysiakini


2. Untuk tempuh 22 bulan dalam tahanan, Razak Baginda telah melalui detik-detik yang perit dan pilu. Bukan soal berjauhan dari keluarga yang penting, lebih penting ialah spekulasi dan tuduhan liar yang memenuhi ruang media.

3. Yang menarik ialah dalam tempuh 22 bulan itu berlaku beberapa peristiwa penting dalam negara ini. Pertama ialah pilihanraya kecil Ijok, kedua ialah Pilihanraya Umum pRU12, ketiga ialah pilihanraya kecil Permatang Pauh dan terakhir ialah pelan peralihan kuasa 2009.

4. Ijok adalah medan pertempuran. Berbeza dengan pilihanraya yang lain, isu kepimpinan negara dan ekonomi tidak menjadi fokus utama. Yang dibesar-besar adalah kes Altantuya yang sedang berlansung di Mahkamah. Dari situlah tersebarnya pelbagai tuduhan liar. Najib jadi sasaran.

5. Mereka yang biasa dengan permainan politik Anwar dapat mengesan betapa perlunya Anwar mewujudkan kesangsian yang maksima ke atas Najib dengan kes Altantuya dan isu kapalselam. Pilihanraya kecil Ijok adalah medan terbaik.

6. Anwar sekali lagi menggunakan peluang itu waktu PRU12 disamping pelbagai isu-isu yang sensitif. Hindraf dan Bersih adalah tekanan alternatif yang sedikit sebanyak memaparkan kelonggaran kawalan dari pihak kerajaan. Ramai berpandangan bukan tuntutan yang jadi pokok, tetapi gagalnya pihak kerajaan menangani kebangkitan suara jalanan.

7. Senario Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil menjadi lebih rencam kerana Anwar adalah tuan rumah. Kes Altantuya dimain hebat, dan setiap peluang Najib dikait sama.

8. Disitulah Najib merasakan perlu untuk bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dan tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Waktu itu ada lagi satu Sumpah yang tidak kurang penting, iaitu sumpah dari Saiful sendiri yang membuat laporan polis beliau diliwat Anwar Ibrahim.

9. Akhirnya Anwar Ibrahim menang dan hadir di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen dengan ucapan sulung beliau selama hampir 6 jam. Sengketa Anwar dan Najib kini jadi bualan ramai. Kini Anwar keluar masuk mahkamah dengan kes Liwat. Manakala Najib menanti Mac 2009 untuk ditabal sebagai Presiden UMNO. Sedang Razak Baginda ingin berundur seketika di London untuk menamatkan doctorate beliau. Selama ini kehebatan khairy jamaluddin digembar gembur dengan mengaitkan beliau dengan Oxford. Rupa-rupanya Razak Baginda lebih awal memanjat tangga di sana.

10. Selamat berehat untuk Razak Baginda, dan pulang dengan kekuatan baru untuk meniti gelora politik negara yang semakin menggila. Najib perlukan ramai pembantu yang bijak dan berpengalaman.


beritadarigunung

refer to these too:
1.
Full transcript of Abdul Razak’s Q&A
Malaysia Star, Malaysia
2.No links between Najib, murdered Mongolian model, says M'sian ...
Channel News Asia, Singapore