Sunday, November 30, 2008

POLITIK WANG: Mahathir berhak dedah nama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhak mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang demi kebaikan parti.

Calon jawatan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, Dr. Mahathir bagaimanapun perlu mengemukakan bukti kukuh mengenai perkara tersebut.

"Sesiapa sahaja boleh menghantar laporan, malah kalau ada orang lain selain Tun pun boleh hantar laporan.

"Apa yang perlu, mereka kemukakan bukti dan sebagainya kerana menurut Setiausaha Agung UMNO baru-baru ini, terdapat banyak aduan palsu tentang politik wang," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Tinju Kebangsaan Tahap 2 di sini hari ini.

Tun M berhak dedah nama utusan