Wednesday, November 19, 2008

Ulasan Surat Malaysiakini: Is it all about race?

Saya tertarik dengan surat neil khor dalam Malaysiakini. Neil mengulas artikel bertajuk Mahathir: Race-based politics still relevant.

Dari Malaysiakini

Is it all about race?

Neil Khor | Nov 19, 08 4:41pm

Umno aside, what is more important about March 8 is that it woke us all up to the reality that there is a choice beyond race-based parties. Unlike Mahathir, we should look beyond the present ethnic composition of Pakatan Rakyat.

What really matters is their party constitutions. They can do what Umno, MCA and MIC can never do – they can transform themselves into genuine non-sectarian parties. A powerful enabler of change and minus the cynicism.

full here:Is it all about race? | Neil Khor

1. Tulisan saya ini adalah cubaan seorang pembaca bagi mengupas isu besar politik dan realiti yang mencengkam rakyat dan negara dari perspektif orang biasa yang tidak cergas dalam gerakan politik. Melihat bagaimana ahli parlimen boleh bertelagah dalam dewan yang mulia, dan bila tiba waktu rehat, mereka mampu bergurau, berbual dan minum semeja. Bukan mahu menuduh mereka pandai berlakun, tetapi mereka ini mahir menjelajah dari satu compartment hidup ke satu yang lain dengan selesa. They fight and they rest. It is almost like a badminton rally or at worst another 18 holes at Glenmarie. Semua ada handicap (ketidakupayaan?) dan biasa dengan istillah "given" yang bersifat tolak ansur.

2 Yang paling bermakna dalam kehidupan manusia adalah apa yang dilihat, rasa dan lalui. Tetapi usia manusia sangat terhad, jarang melepasi 100 tahun. Akhirnya kita sekadar menghayati hanya yang real. Sejarah adalah make-believe world diungkap semula oleh ahli sejarah. Sejarah bangsa Malaysia adalah lebih lama dari usia kebanyakan kita.

3 Lebih baik kita lihat saja apa yang ada disekeliling. Kalau sanggup pergilah bersantai sekitar Puduraya, KotaRaya dan Pasar Seni dan mundar mandir di setiap simpang berlampu isyarat. Pada hujung minggu anda boleh lihat segerombolan manusia yang asing. Cakap mereka lain dari yang kita pernah dengar. Wajah mereka juga lain. Ada juga sedikit rasa takut dan ngeri. Anda dalam negeri anda sendiri berhadapan dengan kelompok manusia asing. Itu dia realiti hidup sebenar.

4 Bukan untuk menngiakan bahawa mereka ini datang ke bumi Malaysia untuk membuat kacau. Mereka datang untuk mencari rezeki. Lalu mereka bersaing dengan penduduk tempatan dalam skop kerja dan perkhidmatan yang diizinkan.

5 Dulu, beratus tahun yang lalu, penjajah Inggeris menggalakkan kebanjiran pendatang dari benua China dan India. Bidang kerja yang dibenarkan dan digalakkan buat mereka ialah perlombongan, perniagaan, perladangan dan pengangkutan. Pendatang yang dulu, ada yang pulang tetapi kebanyakkannya diizinkan untuk terus tinggal disini. Pendatang sekarang bersaing dalam pekerjaan, pendatang dulu lebihlah lagi. Orang kaya Melayu Ngah Ibrahim dilenyapkan begitu saja dan terbentuklah kelompok masyarakat yang diasing-asingkan mengikut pekerjaan dan pendudukan. Batas mereka adalah bangsa, agama dan keturunan.

6 Disetengah tempat, tempat beribadat tidak berjauhan. Seolah masjid, kuil, tokong terletak sebelah menyebelah. Gereja pula sering berasingan dan jauh dari yang lain, dan sesuai begitu bagi penjajah Inggeris.

7 Itulah yang kita warisi; berkongsi , terasing dan terpisah. Sekolah adalah tempat untuk budak-budak pelbagai kaum belajar berkawan. Namun ada dari kita yang tidak suka, lantas selesa dengan sekolah untuk kaum sendiri. Tabir pemisah pun makin menebal.

8 Waktu yang paling kritikal dalam hidup iaitu waktu lahir dan mati, yang ada disekeliling kita adalah manusia dari kaum kita sendiri. Itulah cara kita mulakan dan tamatkan hidup ini.

9 Yang hidup lama dalam negara ini, masih ingat betapa akauntan muda dari satu bangsa dapat gaji 800 ringgit, sedangkan rakannya dari bangsa yang lain diupah 1,600 ringgit. Kerja mereka sama, mereka belajar di universiti yang sama diluar negara. Mereka bekerja bertungkus lumus untuk syarikat, tetapi mereka dalam dunia yang berlainan. Tetapi untuk apa kita terus merungut. Lebih baik kita sedarkan diri, siapakah kita sebenarnya. Tetapi bila ramai sudah kaya, sering keperitan yang lampau tinggal kenangan.

10 Namun ramai dari pemimpin negara dari bangsa melayu sekarang tidak faham hal ini kerana hidup mereka dari awal dikepung dengan pagar kebangsawanan dan kekayaan. Derita mereka hanya setakat mengeluh "kenapa sejuta?" sedang perit kebanyakan yang lain ialah dengan jeritan "kenapa seribu?"

11 Tabir pemisah akan kekal bersama kita dari awal hingga akhir. Ianya adalah bangsa. Yang kelihatan erat dan bersatu-padu sebenarnya adalah superficial sahaja. Oleh itu politik bangsa akan terus bersama kita penduduk Malaysia, usahlah kita sangsi dan bimbang. Tun Mahathir hanya menyatakan apa yang beliau pernah lihat, lalui dan jangka untuk masa depan.

Moga ramai yang faham kenapa wujudnya bangsa dalam dunia ini.........


beritadarigunung