Sunday, November 16, 2008

Ulasan Surat Malaysiakini: Mahathir should stop his charade

Saya ingin memberi sedikit ulasan ke atas surat Ahmad Shahir Abdul Aziz dengan tajuk "Mahathir should stop his charade" yang tersiar dalam Malaysiakini Letters. Setelah lebih dari 20 tahun berada di persada negara, Tun Mahathir masih boleh menarik perhatian. Kenapa?

From Malaysiakini

Mahathir should stop his charade
Ahmad Shahir Abdul Aziz | Nov 14, 08 4:29pm
.... Honestly I say, why should he, Mahathir, pretend with his charade if we know that it won’t bring any benefit to the people? Does he think that he can cheat the people again and again as he did for more than 20 years during his leadership? ....
source: Malaysiakini Letters Mahathir should stop his charade


Siapa Tun Mahathir?

1. Sebahagian besar pengundi pilihanraya di negara ini lahir/membesar/dewasa dalam tempuh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Seawal pemerintahan beliau, industri berat adalah fokus utama. Proton sekadar nama sahaja, tetapi kesannya mencakupi segenap lapisan masyarakat. Memang diakui, tidak ramai orang kaya membeli dan sudi memandu proton saga, wira, kononnya local and therefore of low quality. Setengah dari rakyat Malaysia selesa memiliki Mercedes dan BMW dengan sebab-sebab yang jelas.

2. Bukan kereta sahaja yang dikeluarkan, komponen kereta dapat dihasilkan oleh kilang-kilang kecil dalam negara ini. Sebahagian besar dari kilang-kilang itu dimiliki oleh bukan kaum Melayu. Ini bukan masa untuk merungut sebenarnya, tetapi sekadar melihat senario perindustrian era Mahathir sekali imbas. Dengan munculnya Empayar Naza, sebahagian dari jurutera Proton beralih ke sana. Bukan Proton telah menjana segala kemungkinan?

3. Sukar untuk menafikan kesungguhan Tun Mahathir DALAM memajukan dan memelihara negara ini. Kemelut kewangan akhir 90'an adalah kemuncak kepada kekuatan Tun Mahathir. Dalam keadaan terhimpit, yang kuat akan muncul juara. Itu lah Tun Mahathir.

4. Eluk kalau kita betul-betul tatapi pemikiran beliau sejak tahun 1948 lagi, sebagai seorang pelajar universiti, Tun Mahathir telah berkongsi pemerhatian melalui artikel-artikel berikut:-

1. Malays and the higher education
2. Malays and higher education: summing up
3. ronggeng is popular
4. Picnic time in the dusun
5. Rains bring fish to Sawahs
6. Malay - modern and standard
7. Malay housewives are busy
8. The rulers are losing loyalty
9. Rulers and Rakyat - climax is near.
10. Malay padi planters need help
11. Changing malay marriage customs
12. Malay progress and the university
13. Malays in south siam struggle on
14. New thoughts on nationality
15. Plights of Malay fisherfolks

5. Memang, beberapa orang telah tersingkir dalam era beliau. Dulunya Musa Hitam, tetapi jangan lupa melihat disebalik daun kemboja atas pusara Memali apa muslihat semuanya. Dan Musa telah memberi makna sebenar apa itu "licik"

6. Kemudian Anwar, yang kini adalah prime minister in-waiting. Yang betul-betul kenal Anwar tidak akan terpukau dengan retorika, sebaliknya menyelami siapa Anwar, perilaku, pemikiran dan muslihat beliau. Waktu Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu, ramai sangsi dengan ucapan-ucapan beliau bila nampak wajah Munawar Ahmad Anes. Namun, selepas meneliti buku The Asian Renaissance, ramai masih belum dapat mengaitkan buku itu dengan Anwar Ibrahim dan pemikirannya.

7. Lim Kit Siang dan Karpal mempunyai lebih dari SATU sebab kenapa sekarang mereka harus mengkritik Tun dengan hebat sekali. Waktu Tun, suara mereka tidak relevan dan ianya sangat berbeza sekarang kerana KINI mereka ghairah dengan isu-isu sensitif. Selain itu, mereka marah dengan desakan supaya Abdullah segera berundur. Mereka seolah selesa dengan Abdullah Badawi. Tahu kenapa?

8. Dalam tempuh 20 tahun, Malaysia beruntung dengan adanya Tun Mahathir. Orang Melayu, India dan China telah menerima menafaat kesan dari tindak tanduk dan pemikiran beliau. Melayu yang tinggal di Damansara, Bangi, USJ, Putra Height dan Shah Alam bukannya dapat rezeki telur emas dari Gunung Tahan. Semuanya sebab positive affirmative action. Tetapi akhirnya "siapa peduli?". Dan akhir-akhirnya masih ramai mahu marah-marah "kenapa Mahathir bising-bising".

Untuk memahami Tun Mahathir dengan lebih mendalam lagi, kita boleh rujuk buku Paradoxes of Mahathirism, An intellectual biography of Mahathir Mohamad oleh Khoo Boo Teik. Buku itu berat, tetapi masih boleh dibaca.

BERITADARIGUNUNG: