From Malaysiakini
Change? What change?
AJ Ratnam | Nov 14, 08 4:37pm
Almost everyone would agree that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, if not for anything else, did allow more freedom of expression among Malaysians. Whether he willfully allowed this or whether it was inevitable after so many years of repressive media and forced silence from the public during the Mahathir era, is open to argument....... more here Change? What change?
2. Negara ini keluar dari era penjajahan dengan kesan calar-calar yang hebat. Negeri Perak contohnya diubah secara drastik waktu Inggeris mula masuk campur. Ngah Ibrahim yang sudah mempunyai pengaruh ekonomi dengan memiliki kapal steam dan konsesi bijih yang besar dilumpuhkan. Peranan orang Melayu dalam kegiatan ekonomi sejak penjajahan telah dipencilkan. Waktu itulah segala hal berkaitan dengan ekonomi dan bisnes diserahkan kepada orang keturunan Cina. Segala-galanya dibuat secara sengaja. Orang India pula dengan ladang dan kereta api.
3. Itulah titik tolak, bagi Malaysia dan rakyatnya mengatur langkah menterjemah makna kemerdekaan demi kebaikan semua. Wujudnya pakatan 3 bangsa dalam perjuangan kemerdekaan itu sendiri adalah tanda bahawa isu bangsa adalah isu real yang tidak boleh dipandang sepi. Tiga bangsa ini adalah berlainan, dan wajarlah pengendalian ketiga-tiga dibuat cara yang berbeza.
4. Kalau kita ingin lihat dari sudut kenapa berbeza, maafkan saya, kalau saya ketengahkan gagasan bahawa kaedah sedemikian hanya wajar jika jam dan sejarah boleh diputar dan kembalikan ke zaman sebelum penjajahan. Waktu itu, bangsa orang Tanah Melayu adalah sangat homogeneous.
5. Perubahan yang bersifat sosial adalah sangat samar. Kesannya jarang segera dinikmati dan dirasai. Negara China suatu masa dulu ingin menduga rakyatnya dengan social reforms. Memang ada sangkut sana dan sini. China juga enggan membenarkan negaranya musnah dengan kebebasan yang tidak bermakna dalam perspektif kelangsungan sistem negara, lalu isu kebebasan dilenyek dengan steam-roller di Tianamen Square.
6. Russia pula tidak sempat menjangka kesan hitam disebalik economic reforms yang dilakukan oleh Gorbachev suatu masa dulu. Akhirnya Russia bergelora dan dapat dikerat-kerat. Putin telah turun dengan amanah untuk memberi kekuatan semula kepada Russia.
7. Perpektif perubahan wajar dilihat dengan kebaikan-kebaikan yang dijangka. Perubahan yang besar tidak boleh dengan patch-work. Malang jika pemimpin dan rakyat ingin melihat kesan positif sesuatu perubahan dalam jangka masa yang singkat.
8. Ketuanan Melayu tidak wajar dilihat dengan nada yang angkuh dan sombong. Ia sekadar mengingatkan rakyat Malaysia supaya kita semua kembalikan semula apa yang telah dihakis [ dirompak? ] dari kaum bumiputera. Bukan berniat kasar, tetapi apa salahnya kita imbas kembali dalam perspektif sejarah. Tetapi sebahagian besar rakyat negara ini tidak melalui zaman perit itu.
9. Orang Melayu kini hanya menapak sedikit kedepan dalam pendidikan disamping sejengkal kedepan dalam ekonomi. Laluan tidak semestinya mudah terutama bila wujudnya political patronage yang agak artificial hingga pencapaian dalam kekuatan ekonomi sangat longgar dan boleh runtuh bila-bila masa.
10. Secara umum orang Melayu hidup lebih baik sedikit berbanding waktu sebelum merdeka. Bangsa lain tidak keterbelakang. Rakyat Malaysia harus bersatu padu untuk memakmurkan negara ini.
11. Dibelakang setiap perubahan, yang penting ialah kepimpinan yang kuat dan gagah. Jika Lee Kuan Yew adalah untuk Singapura, kita telah pun kehilangan Mahathir, namun kita masih memilih-milih siapakah peneraju yang gagah. Abdullah bukan orangnya.
beritadarigunung