nizar |
WALAUPUN ISU ini dianggap sudah basi.... kerana Nizar sudah tidak menjawat jawatan MB lagi, tetapi kesannya masih sangat dirasai hingga kini.... dan ramai yang sedar sebenarnya bahawa NIZAR TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASA...!!!
Dibawah ini merupakan ulasan terbaik yang perlu dikongsikan bersama pembaca mengenai pemberian tanah kepada penyokong DAP dengan status 999 tahun, sebagai mengenang kembali betapa kejamnya Nizar terhadap orang Melayu dalam isu pemberian hak milik tanah.....dan saudara sebangsanya sendiri.!!!
Sejak merdeka tidak pernah mana-mana pihak individu atau parti politik di Persekutuan Tanah Melayu atau di Malaysia membuat permohonan supaya Hak Milik Sementara diubah atau diberikan atau dilanjutkan kepada 999 tahun.
Apa yang pernah dibuat ialah melanjutkan Hak Milik Sementara Tanah kepada 60 tahun atau 90 tahun sahaja kerana kerajaan negeri akur dengan dasar Kerajaan Persekutuan mengikut National Land Code (satu akta Parlimen) sungguhpun ada kerajaan negeri seperti Kelantan ditadbir oleh PAS.
Apabila hak miliki sementara tanah tersebut dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 90 tahun, maka nilai tanah tersebut akan dibuat semula dan pemilik sementara tanah itu perlu membayar cukai/premium yang ditentukan oleh pihak berkenaan.
Bolehkah usaha DAP untuk memberi dan melanjutkan Hak Milik Sementara (Leesehold) 999 tahun melalui pentadbiran kerajaan negeri Perak itu satu suapan dan urusniaga politik dari DAP - SUAPAN dan URUS NIAGA (seperti yang didefinasikan dalam akta Pencegahan Rasuah 1997 seperti di bawah) untuk mendapat undi daripada pengundi-pengundi dari New Villages tersebut ketika Pilihan Raya Umum atau pilihan raya kecil di masa hadapan?
2. Isu pemberian geran tanah 999 tahun oleh kerajaan pembangkang di Perak, jika tidak silap saya awal bulan Januari tahun 2008 sehinggakan ianya telah menarik perhatian Kerajaan Pusat mengesa agar pemberian itu ditangguhkan sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat ketetapan polisi yang seragam di seluruh Malaysia.
Kepada yang tidak arif undang-undang, isu Tanah walaupun adalah di dalam bidangkuasa negeri masing-masing (tetapi untuk keseragaman polisi, ianya telah di letakkan di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat). Artikel 74 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya.
Saya telah membuat kaji-selidik dan berikut adalah apa yang saya perolehi daripada kajian saya:
Kampung Baru - 55,233 orang
Kampung Tersusun - 73,703 orang
Jumlahnya = 128,936 geran tanah
Melayu = 27.66% (35,663 geran), Cina = 57.49% (74,125 geran), India = 14.85% (19,146 geran)
Justeru itu, dimanakah yang dikatakan kesamarataan, keterbukaan dan keadilan untuk semua yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang ini?
3. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyatakan rasa sokongan dan terharu terhadap titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah mengenai rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. Semangat titah tersebut harus dihayati oleh rakyat dan pemerintah, khususnya Kerajaan Negeri Perak.
PERKASA sedih kerana semangat pendirian Raja-raja Melayu pada tahun 1950 itu telah dilupakan oleh pimpinan kerajaan Negeri Perak yang berkuasa sekarang. Ada banyak cara di mana kaum bukan Melayu telah dan boleh memiliki tanah-tanah di negeri itu melalui kuasa ekonomi dan pembangunan.
Selama ini proses tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh orang Melayu. Tetapi kelulusan 999 tahun kepada kampung-kampung baru merupakan pengkhianatan dan tindakan yang tidak prihatin terhadap perasaan orang Melayu seluruhnya dan anggota keselamatan khususnya.
Kewujudan kampung-kampung baru oleh penjajah Inggeris ketika itu bertujuan untuk mengasingkan penempatan kaum Cina daripada bekerjasama dengan penganas-penganas komunis yang pernah memerintah Negara dibawah kuasa bintang tiga. Maka penempatan yang dinamakan sebagai kampung baru itu diberikan segala kelengkapan insfrastuktur yang tidak dimiliki oleh kampung Melayu tradisional ketika itu.
Sewajarnya, sekiranya Kerajaan Negeri Perak ingin memberikan kelulusan tanah untuk tempoh yang begitu lama, ianya wajib diberikan kepada anggota keselamatan, polis dan tentera, yang telah bekorban mempertahankan Negara daripada ancaman Komunis. Mereka bertungkus lumus dan berkorban nyawa dan darah untuk Negara.
Keluarga anggota keselamatan ini lebih layak dan berhak dianugerahkan pemilikan tanah sehingga 999 tahun malahan wajib untuk hak milik kekal selama-lamanya. PERKASA berharap kerajaan Negeri Perak tidak akan melupakan hakikat sejarah perjuangan ini.
Jika anggota keselamatan tersebut telah meninggal dunia maka kaum keluarga mereka wajib diberikan pengiktirafan melalui pemberian tanah hak milik kekal. Keluarga mereka ini masih melarat dirumah-rumah setinggan dan rumah-rumah pangsa sekangkang kera.
Janganlah mengharapkan hujan dilangit air tempayan dicurahkan. Kerana ingin mendapatkan sokongan politik sementara dari kaum lain maka perasaan anggota keselamatan dan kaum bumiputra umumnya dilukakan. Keputusan politik semasa yang silap boleh mengubah sejarah Negara yang akan datang. Ketika itu penyesalan tidak mempunyai apa-apa makna lagi.
PERKASA percaya jika permainan politik begini berterusan banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan ‘nyawa’ bangsa Melayu akan dikorbankan.
4. Pesuruhjaya Pas Terengganu (ketika itu), Datuk Mustafa Ali menyifatkan tindakan kerajaan Perak memberi tanah kepada penduduk kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun sebagai luar biasa dan hanya berlaku ketika zaman penjajah.
Katanya, kerajaan Perak wajar mengkaji kesan negatif yang akan diterima daripada kelompok masyarakat di negeri itu jika pemberian tanah berkenaan untuk kepentingan politik kerana sejak negara merdeka, tempoh pajakan dan hak milik tanah hanya maksimum 99 tahun.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan Perak di bawah kepemimpinan Menteri Besar Boneka DAP , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mengkaji dan meneliti tindakan itu dengan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak.
"Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku pada zaman penjajahan Inggeris. Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya, bukan untuk mendapat kepentingan politik saja.
"Tambahan pula, apabila ada maklumat yang mengatakan bahawa tempoh pajakan untuk kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum, termasuk orang Melayu hanya 99 tahun.
"Oleh itu, Menteri Besar harus berhati-hati membuat kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat sama ada yang menyokong kerajaan atau tidak," katanya dalam blog peribadinya, padapendapatsaya.blogspot.com.
Akhbar melaporkan cadangan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dianggotai DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot tanah di kampung baru seluruh negeri.
Mohammad Nizar ketika menggulung usul pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dilaporkan berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.
Sementara itu, Persatuan Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan meminta kerajaan Perak tidak meluluskan status hak pemilikan tanah selama 999 tahun kepada penduduk lot tanah di kampung baru di negeri itu.
Setiausaha Persatuan Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail, berkata jika kerajaan negeri meluluskan mana-mana tanah secara pegangan bebas, ia bercanggah dengan Seksyen 76 (aa) subseksyen (iii) Kanun Tanah Negara.
"Jika diluluskan, keputusan itu tidak sah dan ia boleh dibawa ke mahkamah untuk dibatalkan. Sebaliknya, jika dikeluarkan secara pajakan, ia terhad kepada tempoh maksimum 99 tahun dan bukan 999 tahun," katanya di sini.
Mohd Hilmi berkata isu berkenaan perlu difahami semua pihak kerana Malaysia adalah Persekutuan negeri di mana ada undang-undang yang dipakai oleh semua melainkan yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu.
5. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun agar menuntut kepada kerajaan negeri itu untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka untuk 999 tahun.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru.
Tegas beliau, hak yang sama perlu diberikan kepada orang Melayu di negeri tersebut dan kerajaan pakatan pembangkang wajar melakukannya dengan adil tanpa mengira kaum.
Menurutnya, orang Melayu harus sedar tanpa tanah, nasib mereka tidak ubah seperti rakyat Palestin yang hilang negeri kepada rejim Zionis.
"Oleh itu, Perkasa menggesa orang Melayu di Perak memohon supaya tanah masing-masing dilanjutkan kepada 999 tahun, 'sediakan payung sebelum hujan' jangan pula nasib yang menimpa kepada rakyat Palestin akan berulang di negeri ini.
"Orang Melayu harus sedar tanpa tanah, hilang tanah maka hilang negeri seperti rakyat Palestin hilang negeri kepada Zionis," tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 30 Disember lalu, kerajaan Perak telah memberikan hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada 11 penduduk kampung baru di Kampung Kuala Rui, Gerik walaupun diarah menangguhkannya sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan berhubung perkara tersebut.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kurniaan itu adalah simbolik kepada keputusan kerajaan negeri menukar status pajakan kepada hak milik kekal untuk kampung baru dan kampung tersusun di negeri ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mencabar kerajaan Perak supaya semua permohonan yang dibuat oleh orang Melayu di negeri tersebut diluluskan kerana sebagai kaum pribumi mereka berhak.
"Sehingga hari ini, saya tidak dengar ada orang Melayu di kampung tersusun yang mendapat hak milik kekal tanah seperti mana di kampung baru," katanya.
"Adakah ini dinamakan kerajaan yang adil atau pun hanya untuk menjaga kepentingan politik supaya kaum Cina akan terus menyokong kerajaan negeri boneka Pas," katanya.
Katanya, rakyat Perak harus sedar tentang keadaan itu supaya apa yang berlaku kepada penduduk Palestin tidak berulang di negeri itu suatu masa nanti.
6. Kerajaan negeri Perak digesa supaya mengurniakan tanah pajakan 999 tahun kepada semua penduduk terutamanya orang Melayu sebagaimana yang diperoleh penduduk kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT).
Pengasas Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, langkah itu perlu bagi memastikan hak semua kaum khasnya orang Melayu tidak tergadai.
"Kita jangan terpedaya dengan mainan politik kerajaan negeri. Jika orang Melayu berasa hak mereka akan tergadai kerana tidak dapat hak milik kekal atau pajakan sehingga 999 tahun maka mereka mesti bertindak dan menuntut perkara yang sama daripada kerajaan negeri.
"Jika benar langkah kerajaan negeri memberi hak milik kekal itu mengikut undang-undang maka orang Melayu kena pandai jangan sampai terlepas peluang, kalau tidak maruah bangsa kita akan tergadai malah tidak ada tanah satu hari nanti," katanya di sini baru-baru ini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas isu pemberian tanah hak milik kekal kepada 11 penduduk kampung baru di Kuala Rui, Gerik walaupun kerajaan negeri diarah menangguhkannya sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan.
Berikutan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa supaya orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun agar menuntut kepada kerajaan negeri untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka untuk 999 tahun.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru.
Sementara itu, bekas ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ramly Zahary berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengamalkan sistem pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua penduduk di negeri ini dan tidak memilih pihak tertentu dalam isu pemberian tanah hak milik kekal.
Katanya, semua rakyat Perak seramai 2.4 juta orang juga mempunyai hak yang sama dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
"Ini adalah kesan daripada kedegilan dan keingkaran kerajaan campuran negeri terhadap arahan MTN yang mahu pemberian tanah hak milik kekal ditangguh dahulu.
"Kerajaan negeri sangat yakin tindakan mereka itu betul dan tidak melanggar undang-undang maka sekarang kenalah mereka beri penjelasan kenapa penduduk lain tidak dapat hak milik kekal," katanya.
Ramly berkata, tindakan kerajaan negeri itu juga sebenarnya bakal mengundang padah lebih besar sekiranya geran hak milik kekal yang telah diberi kepada penduduk kampung baru itu tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan.
Katanya, apabila keadaan itu berlaku status tanah di kawasan kampung baru boleh dianggap sebagai kawasan setinggan kerana menduduki tanah kerajaan.
Beliau berkata, ini kerana 'keadaan istimewa' seperti mana yang terkandung di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) langsung tidak membabitkan pemberian tanah kepada penduduk kampung baru atau RPT.
"Jika perkara itu berlaku (status setinggan) barulah kerajaan negeri tahu kesan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu yang selama ini dibuat demi kepentingan politik mereka sahaja.
"Sebab itu kelulusan hak milik kekal ini mesti mendapat persetujuan MTN dan Kerajaan Persekutuan supaya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara," katanya.
Seorang lagi bekas exco kerajaan negeri, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, Kerajaan Persekutuan perlu membuat satu ketetapan yang jelas sama dalam isu ini kerana tindakan kerajaan negeri sekarang adalah diluar keputusan MTN.
Kata beliau, buat masa ini hanya negeri Perak yang melaksanakan tindakan berkenaan manakala negeri-negeri lain tidak mengikut jejak langkah tersebut.
"Kerajaan negeri kata kelulusan itu diberi kerana 'keadaan istimewa' tetapi kalau kita fikir balik apa istimewanya kampung baru itu.
7. Ucapan bodoh Nizar:
Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memberitahu penganugerahan Hak Milik Tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru adalah sebagai menunaikan janji dan penghargaan kepada rakyat kerana memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilhan Raya Umum yang lalu.
Beliau menyelar kerajaan UMNO-BN yang berusaha untuk memutar belitkan kenyataan di atas isu kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi Hak Milik Tanah Kekal di Kampung-Kampung Baru.
"Memang diakui Pakatan Rakyat telah bersetuju menganugerahkan penduduk Kampung Baru memiliki Hak Tanah Kekal termasuk seperti yang dijanjikan pelbagai insentif dalam manifesto PRU-12 dahulu oleh Gabungan Parti Alternatif ketika itu.
"Sekiranya penduduk Kampung Baru dan Kampung Tersusun membuat pembayaran premium hak milik tanah kekal selama-lamanya, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan memperolehi aset pulangan sebanyak RM330 juta untuk diberikan kembali manfaat kepada rakyat dalam pembangunannya nanti.
8. Hak milik tanah pegangan kekal tidak boleh sewenang-wenangnya diberi kepada penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru tanpa persetujuan Majlis Tanah Negara.
Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.
Berikutan itu, katanya, cadangan kerajaan Perak untuk memberi hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk RPT dan kampung baru di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga Majlis Tanah Negara membuat keputusan.
"Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak boleh dibuat secara sendirian, tetapi mesti melalui Majlis Tanah Negara.
"Sebagaimana kita sedia maklum, Majlis Tanah Negara diwujudkan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menyelaraskan Dasar Tanah Negara supaya wujud keseragaman antara negeri," katanya.
Najib berkata, perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat berkenaan tetapi Majlis Tanah Negara membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi bagi membincangkan kertas kerja berhubung cadangan kerajaan Perak itu.
Sebelum ini, Mohammad Nizar berkata, pemberian hak milik tanah pegangan kekal itu akan diberi secara berperingkat kepada 110,000 pemilik iaitu 60,000 di RPT dan 50,000Kampung Baru membabitkan kawasan seluas 6,000 hektar.
Ditanya alasan yang diberi kerajaan Perak untuk berbuat demikian, Najib berkata: "Dia (Nizar) ada alasan, tetapi apa-apa pun tidak boleh bertentangan dengan Dasar Tanah Negara yang diputuskan oleh majlis."
Sementara itu, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bertegas menyatakan cadangan kerajaan negeri itu mematuhi Dasar Tanah Negara dan boleh dilaksanakan.
"Kita ada kriteria yang dipanggil sebagai 'keadaan khas' untuk meluluskan pegangan sedemikian," katanya.
9. Bangsa lain dapat tanah 999 Tahun, Melayu dapat apa di Perak?
Ikuti komen orang ramai:
* Itu pun masih ada Melayu yg tak sedar diri. Masih dok sokong Nizar yg jadi 'Remote Control' DAP. Lepas solat Jumaat buatlah perkara baik bukan jadi samseng taik kucing!Nak jadi hero pergi la Gaza tolong rakyat Palestin, bukan terpekik2 maki Sultan. Wira2 Palestin tak gentar dgn peluru2 meriam Yahudi, tapi wira2 Pas kena tembak dgn pemedih mata FRU dah cabut lari... Lawak!!!
* Aku yakin la klo kerajaan Perak dibubarkan pon nizar tetap turun. Barua nizar yg dok kecoh 2 sket jer. tp sket 2 la yg paling ramai pon sbb depa nie bodoh2 belaka. asik dok jilat jubor nizar, lim, n kapal selam 2 jer maunye xbebal hahaha. tp org Melayu nie memang mudah lupa dan serba penakut. habis beranie pon dok buat kecoh cam 2 jer lah. aku rasa kerajaan dan majlis raja2 kne gne kekerasan sket kat puak2 gila pangkat dan degil nie.
* Orang lain dpt tanah.. org Melayu dpt taik je la.. sebab baring atas jalan raya.. terpekik mengutuk sesama sendiri.. pnyokong DAP tak nampak pun... orang Melayu yg berlebih-lebih.. yang brkuasa bukan diapun.. si apek tu juga... malanglah si lebai malang... ayam terlepas tangan bau taik...
* aku ingat nnti satu hari org melayu baru sedar bila bangsa lain jadi sultan & raja di tanah air sendiri.. sekarang ni memekaklah... keadilan konon.. kita sumer kena sedar bangsa lain ader cara halus utk buat kita merempat di tanah air sendiri kalu skrg masih kita tak sedar2..
* Ha ha ha... olang Malayu sedar punya jam aa sulah lambat maa. Sulah tak muleh bikin apa lagi. Sikalang suma tanah dulu cina olang celoboh sama TOL punya sulah nyadi milik kekal olang cinna. Olang malayu atak apa???
10. Dari awal lagi ramai kawan-kawan kita yang memberikan nasihat agar kita tidak bermain dengan isu tanah ini. Jangan cuba terlalu mencari populariti dengan orang Cina.
Tapi, kita terpaksa mengikut pandangan rakan yang tidak berapa ikhlas. Akhirnya, dengan kita sekali terbenam di dalam selut politik ini. YAB Nizar terpaksa berhadapan dengan derhaka politik yang terlalu menyedihkan.
Mungkin kita wajar mengundur diri dan tidak terlalu menjadi kalangan yang ‘gila talak’. Cuba muhasabah tentang kelemahan kita. Cari penyebab sebenar kepada punca kelemahan kita.
Kaji semula ‘persahabatan’ kita. Kaji semula ‘kerjasama’ kita. Tidak ramai orang Melayu di Perak yang dapat menerima betapa mudahnya kita memberi tanah kepada orang Cina selama 999 tahun.
Itu baru 11 bulan memerintah. Kalau 4 tahun – takkan kita bg tanah 4000 tahun. Nampak sangat kita ini sudah menjadi alat permainan politik bangsa Cina. Blog ini memang nak bersifat ‘baik’ dengan orang Cina; tapi tidaklah sampai maruah Melayu dihenyak ke bumi.
Ini dosa politik kita kepada orang Melayu di Perak. Kalaupun diaadakan pilihanraya – belum ada jaminan kita menang. Undi Melayu akan terpecah teruk. Dijadikan sebagai propaganda politik – kita akan berhadapan masalah dengan peti undi luar bandar.
Peti undi orang kampung. Yang masih sayang dan setia kepada Istana sebagai perlambangan kepimpinan Islam di negeri ini. Yang akan percaya bahawa kita sudah ‘menggadai’ maruah Melayu kerana terlalu bermain dengan politik orang lain.
YB Nizar jangan jadi kemaruk kuasa. Tidak perlu bermain dan jadi boneka lagi. Terima realiti politik bahawa kita sudah dimainkan rakan sendiri. Nizar sepatutnya tegas dalam isu tanah ini.
Jangan beri muka kepada DAP. Betul, kita terhutang budi – tapi gunalah hikmah dalam menggunakan ugutan balas. Kalau terlalu menekan; kami ada ruang untuk mencari jalan lain. Ini tidak. Terima bulat-bulat; sampai orang kampung yang minum di kedai kopi pun heboh mengatakan kita parti jual maruah Melayu.
Pengurniaan tanah selama 999 tahun inilah badi politik kepada PAS. Orang Melayu cukup marah. Tuanku Sultan juga kecewa. Di dalam majlis di Kuala Lumpur, Raja Dr Nazrin juga mengucapkan kekecewaan dengan hakikat ini.
Apakah dengan kekecewaan Sultan, kita boleh harapkan Tuanku Paduka Seri Sultan Perak menerima dan memihak kepada kita? Tipis harapan.
Istana Iskandariah akan menjadi saksi episod baru kepada politik Perak. Tanpa perlu menderhaka kepada Duli Tuanku, kita terimalah keputusan Tuanku. Jangan sampai kita menjemput ‘badi baru’ yang berjangkit.
Nau’zubillahi min zalik. Kita tidak wajar berhadapan dan bersikap kurang hemah dengan Istana lagi. PAS mesti pro-aktif dalam menerima realiti ini.
Kita teruskan perjuangan, dengan cara dan manhaj kita, insya’Allah.
Semoga Rakyat di Negeri Perak khususnya orang Melayu tidak membuat kesalahan kali kedua pada PRU13 nanti dengan memilih DAP sebagai pemerintah mereka.
Campurtangan Sultan....
Walau pun Nizar dan pemimpin parti PAS cuba menggunakan alasan adil kepada semua kaum, hujah politik berkesimpulan mudah ini diketepikan oleh Raja Muda Perak, YM Raja Nazrin.
Dalam satu ucapan di satu Persidangan beberapa bulan lepas, Raja Nazrin mendedahkan bahawa pada tahun 1950, Majlis Raja-Raja tidak setuju dengan British berkenaan Rancangan Briggs yang mewujudkan kampung-kampung cina yang serba lengkap dengan kemudahan. Semasa itu, ramai-ramai orang-orang asal Perak masih tidak mempunyai tanah.
Selain itu, Nizar cuba membawa alasan bahawa ada juga kaum Melayu yang mendapat tanah kampung baru dan orang-orang Melayu dianugerahkan tanah untuk membuka Sekolah-Sekolah Ugama. Isu utamanya masih tanah 999 tahun ini masih terlalu mengutamakan kaum pendatang Cina. Sepatutnya pemberiaan tanah dibuat berdasarkan Rancangan Kampung Tradisi kerana ia lebih mencapai sasaran penduduk asal Perak.
DYMM Sultan Perak tidak bersetuju dengan usul kerajaan Perak tersebut. Namun demikian, DYMM Tuanku sedia bertolak ansur untuk mencadangkan dianugerah hanya untuk selama 60 tahun sahaja. Permintaan DYMM Tuanku itu tidak diendahkan oleh Nizar dan kerajaan masih berdegil untuk menganugerah tanah selama 999 tahun.
Ada pihak yang memberitahu bahawa Nizar cuba memujuk exconya untuk menghadkan tempoh tanah kepada 99 tahun, tetapi jemaah exco yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP tetap berdegil.
Walaupun Nizar dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak, dia hanya dapat diterima setelah membuat persetujuan rahsia dengan DAP Perak yang dipanggil perjanjian Pangkor II.
Ramai pihak menganggap Nizar sebagai MB boneka yang akur kepada arahan dua ahli exco; Ketua DAP Perak, YB Datuk Ngeh Koo Ham and Setiausaha DAP Perak, YB Nga Kor Ming. Kedua-dua mereka ini adalah sepupu yang mempunyai pertalian saudara dengan pengganas Chin Peng, yang lahir di Lumut.
DYMM Tuanku Sultan sangat murka dengan kedegilan Nizar dan dipercayai menggesa pemimpin-pemimpin masyarakat Perak mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pemberiaan tanah yang dianggap bersalahan dari segi Kanun Tanah Negara.
*** Anda nilai lah sendiri.... seperti apakah Nizar ini? Bukankah tidak ubah macam KUDA KAYU!!!
Rujukan :
Rujuk