Monday, November 10, 2008

Malaysiakini: PM setuju untuk tidak beritahu, kata Zaid.

Zaid Ibrahim dilantik sebagai Senator Dewan Negara pada 18 Mac 2008 sebelum menjadi Menteri diJabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal perundangan negara. Dalam tempuh beberapa hari menjadi menteri beliau membuat kenyataan bahawa kerajaan perlu memohon maaf secara terbuka berkenaan dengan kes krisis perundangan 1988 di mana Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dipecat.

(Berikut adalah catatan ringkas oleh beritadarigunung mengenai kemelut RM10.5 juta bayaran ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan beberapa hakim yang lain.)

From Malaysiakini
Zaid: PM had agreed to non-disclosure
Praba Ganesan | Nov 10, 08 2:02pm
breaking news updated 5.20pm The former cabinet member says the prime minister had agreed with him not to disclose the amount paid to judges who had been sacked in 1988.


2. Dari awal-awal lagi bar council telah memberi sokongan kuat terhadap fokus bekas menteri Zaid Ibrahim mengenai beberapa cadangan pembaharuan dalam perundangan negara. Namun umum dimaklumkan terlebih dahulu, tentang hasrat pernyataan maaf kepada hakim-hakim yang telah dipecat dalam krisis 1988, sebelum agenda lain dihebahkan.

3. Ramai pemerhati menyoal tindakan tersebut. Hakim-hakim telah dipecat berikutan cadangan dari tribunal yang telah ditubuhkan secara sah. Oleh yang demikian sebarang bentuk pernyataan maaf adalah sesuatu tindakan yang tidak selaras dengan prinsip perundangan.

4. Negara dan rakyat tidak boleh hidup dalam situasi di mana prinsip perundangan tidak dijunjung. Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri kabinet dan bar council wajar diingatkan semula tentang keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

5. Penubuhan tribunal yang mengendalikan kes Tun Salleh dan hakim-hakim adalah sesuatu yang sah dan tepat. Dulu rakyat faham begitu dan sekarang pun rakyat faham begitu juga. Syor-syor dari tribunal juga adalah sah. Sama ada sesuatu syor itu disukai atau sebaliknya adalah perkara biasa dalam hidup ini. Tetapi tidak boleh ada tindakan yang mempersoal dan memperlekeh apa-apa jua tindakan perundangan yang sah.

6. Dari awal lagi, jelas arah tuju pembaharuan perundangan (judicial reforms) tidak berada atas landasan yang betul.

7. Jangan nanti ada kes orang sudah dijatuh hukuman mati, 20 tahun kemudian ada menteri dan perdana menteri keluar dengan kenyataan "kerajaan kesian atau kasihan, dan terkilan dengan rasa malu yang ditangguh oleh pesalah dan keluarga pesalah".

8. Pemimpin negara tidak wajar menguruskan keluhuran perlembagaan negara ini dengan cara begitu. Itu sebab ramai yakin bahawa judicial reforms hanyalah permainan "rubber set" antara Abdullah (atau Zaid?) dengan Tun Mahathir. Ada trofi jadi rebutan. Kalau bar council dan pembangkang melonjak suka dengan judicial reforms, rakyat umum tak semestinya begitu.

9. Niat judicial reforms adalah kelabu dan belum melepasi tahap meyakinkan bahawa hasrat Perdana Menteri adalah luhur. Orang ketawa bila Azmi ke China (?) pohon maaf hal tok ketampi. Orang juga ingin ketawa tentang pernyataan maaf mengenai tindakan memecat Salleh Abas dan hakim-hakim yang telah dibuat secara legal dan sah. RM10.5juta adalah tinggi dan sekarang pemimpin amat mudah berbelanja. Tambah malang lagi bila mereka awalnya tidak ingin memaklumkan quantum ex-gratia.

10. Kemudian ada orang akan berkata, "kalau nak sorok-sorok, tentu ada apa-apa......."

Kedaulatan Undang dan Keluhuran Perlembagaan

beritadarigunung.



Other Related stories:


Kudos to Zaid Ibrahim
Malaysia Star, Malaysia - 5 hours ago
We need more level headed people like him to speak up and hold firm against all the nonsense that spews out of UMNO mouths. He and others like him are the ...
Umno issues Zaid Ibrahim showcause letter
Malaysia Star, Malaysia - 6 hours ago
By ROYCE CHEAH KUALA LUMPUR: Umno has issued a showcause letter to controversial politician Datuk Zaid Ibrahim for his open letter and meeting with MPs on ...
Public gatherings are a democratic right, says Zaid
The Malaysian Insider, Malaysia - 4 hours ago
Kuala Lumpur, November 10- Former de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim today criticized the harsh measures taken by the police last night in cracking ...
Zaid says a minister's word should mean something
The Malaysian Insider, Malaysia - 4 hours ago
By Asrul Hadi Abdullah Sani Kuala Lumpur, November 10 - Former de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim took a swipe at his successor Datuk Seri Nazri Aziz ...
Zaid oh Zaid
Malaysia Star, Malaysia - 5 Nov 2008
Zaid pointed out recently that the Malay supremacy concept had failed and distracted from the real issues confronting the country. ...
Zaid lucky to be born a Malay, says Syed Hamid
New Straits Times, Malaysia - 3 Nov 2008
Elaborating on his call for Datuk Zaid Ibrahim to apologise for his remarks on the concept of Malay supremacy, Syed Hamid said the former minister in the ...