Berita dari gunung said...Dato,
Kita undang demokrasi ke riba. Kalau kita gagal mengurus demokrasi, nanti kita jadi marah dan malu kalau ada secara nakal menuduh kita macam monyet suka bunga. Monyet sekadar membelek bunga, mencarik-carik dan memekik.
Rasuah bukan perkara baru. Rasuah bukan semata-mata wang bawah meja. Vested interest adalah pendorong gejala hitam.
Dalam politik, vested interest adalah perkara yang menarik. Lama dulu, waktu Julius Ceasar berkenal dengan kuasa dan pengaruh, ada pembesar yang sanggup membiayai bala tentera. Dalam itu ada vested interest. Dilihat secara casual, kita hanya nampak patriotisma!
Percaturan dalam politik ada jalinan yang besar. Itu sebab, ada pemimpin berkata "saya selesa kerja dengan dia". Ada juga pemimpin yang berkata " I will never work under him".
Akhirnya wujudlah pakatan-pakatan dalam percaturan politik. Ada yang sanggup jadi promoter, sebagaimana Don King mengatur tinju terkemuka abad ini! Quantum Don King adalah berjuta.
Mengapa pula itu salah? Kita jemput demokrasi ke riba, maka itulah tarinya.
Makhluk ghaib akan ada dimana-mana. Celupar Zaid dalam kemelut judicial reforms disifatkan sebagai pembawa "wahyu". Kini Zaid ada diluar menghentam habis-habisan dan terlupa beliau adalah Melayu!
Ramai sudah buat ketetapan tentang "wahyu", pembawa dan penyebar wahyu dan makhluk ghaib. Namun ramai tidak peduli, kerana dalam pemilihan Umno, ada wang untuk diagih. Jawatan adalah asset, lalu ia harus dibeli dengan harga tertentu.
Rupanya demokrasi telah menternak hantu dan makhluk ghaib. Adakah demokrasi era Abdullah benar-benar tulin dan didokong oleh orang yang berjiwa luhur.
Lihat saja watak M. Nor Awang tercegat atas pentas melihat peristiwa tumbuk menumbuk dalam mesyuarat Umno Seremban baru-baru ini. Lihat saja kenyataan akhbar oleh Mohamad Hasan dan Abdullah tentang mesyuarat yang kecuh itu. Seolah semua orang hairan dan terkejut.
Dalam politik, memang ada yang boleh diatur. Sedang permainan bolasepak boleh diatur, inikan pula permainan politik. Dalam bolasepak Khairy lebih maklum dan sedar, sebab beliau orang nombor dua. Dalam politik negara, pemain dan pencaturnya sangat ramai dan mereka sangat maklum!
Demokrasi belum tentu tulin. Kalau tulin pun, ianya jadi buruk juga jika pemain demokrasi berhati busuk.......
maaf.