Sehubungan dengan kejadian itu bapa seorang pelajar tersebut membuat laporan Polis di balai polis Seksyen 15 pada 10 Mei dan juga telah melaporkan perkara yang berlaku kepada Pejabat Pelajaran Dearah ( PPD) yang tidak jauh jaraknya dari sekolah tersebut.
Sebagaimana umum tahu,Penjawat awam adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan dibayar gaji oleh kerajaan yang memerintah negara ini tanpa mengambil kira kecenderungan politik samada kepada BN,PAS,PKR,DAP.Jadi mengapa pula guru tersebut mengamalkan sikap tidak profesional ketika menjalankan tugas beliau sehinga sanggup melakukan pekara yang tidak wajar kepada pelajar yang belum mengerti persoalan politik kepartian apatah lagi guru-guru dilarang berpolitik di sekolah atau semasa bertugas.
Apakah ibu bapa tidak rasa sangsi jika para guru mangamalkan politik ekstrem? Apakah tidak akan terjadi jika murid-murid yang ibu bapa penyokong BN atau PAS.PKR,DAP diberi markah rendah dalam peperiksaan kerana guru yang mengajar mereka tidak berpihak kepada parti yang disokong oleh ibu bapa murid.Memang ramai yang akan mengatakan pendapat MSA ini tidak masuk akal,tapi tidak mustahil jika ianya berlaku pada masa-masa akan datang .biarpun tiada bukti pekara seumpama itu berlaku pada era ini,tapi tidak salah rasanya jika MSA berpendapat sedemikian.
Berbalik kepada Isu..Difahamkan oleh beberapa rakan,kecenderungan politik guru tersebut kepada Pakatan Rakyat dan beliau juga difahamkan tinggal di kuarters guru.
Diharap pihak Kementerian Pelajaran membuat siasatan teperinci dan dapat mengambil tindakkan sewajarnya terhadap guru tersebut bukan berdasarkan sokongan politik kepada mana-mana pihak,sebaliknya berdasarkan kepada fakta siasatan.
Lihat apa kata bapa salah seorang dari pelajar...
Salam tuan,
Hari ini ada satu Penolong Kanan sekolah anak saya cakap pasal politik dlm kelas anak. Sapa yg sokong BN berdiri atas kerusi. Anak saya dan 17 org lagi murid2 pun berdiri atas kerusi dan disoal kenapa pilih BN. Anak saya jawab sebab Dato Nawawi dan cikgu tersebut mencebik dan suruh duduk.
Cikgu tersebut juga menulis di papan hitam berkenaan manifesto BN dan PR. Beliau mengatakan PR bijak dan BN bodoh. Esok saya nak jumpa Pejabat Pegawai Daerah(Pembetulan:Pejabat Pelajaran Dearah PPD) dan adukan perkara ini. Cikgu tersebut kurang ajar. Ini berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, tengahari tadi. Nama guru Shamsuddin bin Majid, guru Ko-Kurikulum (koko) .
Hina sangatkah sokong BN, mohon dipanjangkan kepada pihak yg berkenaan. Guru seperti itu tak perlu ada di sekolah kerana bukan mahu mendidik tapi menghasut. Kerana beliau habis rosak nama sekolah dan perlu dibenteras. Saya rasa terhina.
Jamil Mohamad Isa
PANAS !!! GURU CELAKA !!! ANGKARA POLITIK MURID JADI MANGSA !!!! - Seorang guru Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam bertindak menyuruh 17 murid berdiri diatas kerusi kerana ibu bapa menyokong BN dilihat satu ...