Thursday, May 09, 2013

API PERGADUHAN..!!


Rakyat Malaysia wajar rasa malu dengan lagak beberapa kerat orang Cina dalam suasana PRU13.  Ramai menuding jari kepada Anwar Ibrahim   ekoran tindak-tanduknya mendakwa pesawat Malaysia Airlines System (MAS) dan AirAsia akan membawa 70,000 penduduk dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi di Semenanjung.

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing  bagi mengundi pada PRU 13. Pihak pembangkang juga mendakwa PRU13 dipenuhi dengan pengundi bangla.

3. Suasana PRU13 menjadi panas dengan slogan memukau dari Pakatan Rakyat: UBAH, CHANGE, INI KALILAH......


video pertama:
Memaparkan seorang wanita Melayu, pegawai yang bertanggungjawab menguruskan PRU13 dikasari.





video kedua:
Memaparkan seorang Cina mencabar taraf kerakyatan sekeluarga rakyat Malaysia yang tinggal perpuluh tahun di  Kampung Cempaka. Lelaki Cina berkenaan tidak pandai berbahasa Melayu, tetapi rakyat Malaysia Kampung Cempaka mampu bercakap Tionghua, Bahasa Inggeris dan tentunya Bahasa Melayu.







1. Memang betul kata Najib "apa lagi Cina mahu?"

2. memang betul tuduhan ramai bahawa Anwar telah mencetus api rusuhan.


NOTA: lebih baik rakyat Malaysia belajar semula hidup berbaik-baik, dalam muhibah. Anwar pernah mencetus demonstrasi besar-besaran dengan isu kebuluran di Baling, isu reformasi, korupsi, kronisma,. Hadi pernah mencetus perbalahan besar antara melayu Islam  selepas amanat terkenal 1981, membawa kepada isu kafir, isu dua imam, isu penceraian dan isu durhaka anak kepada ibubapa. Lim Kit Siang kini membawa bibit yang terpendam lama, Cina Berkuasa!! Lim juga sering menafikan bahawa dia pencetus riot 13th may 1969.

Jam 8.30 malam 8hb Mei 2013, Malaysia berada di ambang BENCANA. Orang bandar sudah pandai kumpul ramai-ramai untuk protes Pilihanraya Umum baru-baru ini, sedangkan rakyat telah turun beramai-ramai mengundi, dan keputusan pilihanraya juga sudah diketahui.

Sebarang usaha untuk merubah kerajaan diluar dari kerangka amalan demokrasi adalah durhaka. Malang sekali yang mengheret beratus ribu ke stadium Kelana Jaya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.  Alang-alang berdemo biarlah kita izinkan pula kelompok masyarakat lain lahirkan rasa hati mereka. Masyarakat yang pandai berbicara akan guna microfon, manakala setengah masyarakat lain masih tradisional, mereka berbahasa halus, namun jika kesabaran dicabar melampau mereka akan mengamuk. Bangsa yang terkenal dengan "amok" adalah bangsa Melayu. Waktu mengamuk, orang Melayu tidak peduli apa-apa , nyawa tidak bernilai lagi.

Pasti Ulangtahun ke 44 peristiwa berdarah 13 Mei akan diraikan dengan bangga dan penuh provokasi.  Hanya tinggal beberapa sahaja lagi untuk Malaysia menuju ke era kemusnahan mutlak, jika momentum riots ini tidak disekat.  Ramai memahami hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri, namun bukan ini caranya. Selepas pilihanraya, Anwar hanya perlu 5 tahun kedepan. 

Namun tanggal 22-23 Julai 2013 adalah waktu penentu bagi Rayuan Kes Liwat Anwar-Saiful. Anwar pasti tidak sanggup menghadapi kemungkinan-kemungkinan dihadapan. 



-------------------------------------------------------------