Tuesday, May 07, 2013

Tahniah Azlan Man Menteri Besar Perlis


Azlan Man, Menteri Besar Perlis yang baruAzlan Man
ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, sebentar tadi. 

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Azlan yang memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri. 


Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan.