Friday, May 03, 2013

RAMALAN PRU13: Parlimen BN Minima 159..!!!!


Sejak kita memulakan projek ini, kita telah menyiapkan ramalan untuk 12 pilihan raya kecil sejak tahun 2009 lagi. Kita juga telah menyiapkan ramalan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam tahun 2011. Ramalan-ramalan in terbukti ketepatannya , kecuali di satu kawasan sahaja. Kesemua ramalan yang lepas boleh diakses dalam blog ini.

Ramalan dibuat dengan kaedah multiple regression analysis untuk menghasilkan model yang memerlukan input data yang banyak dari semua kawasan pilihan raya, iaitu sebanyak 222 kawasan parlimen kesemuanya. Beberapa faktor telah dipilih untuk diujikaji bagi mempastikan signifikannya data tersebut dalam model yang akan digunapakai.

Faktor-faktor penentu (independent variables) yang telah diujikaji dan terpilih sebagai signifikan untuk sesuatu kawasan parlimen ialah jumlah pengundi Melayu, Cina, India, dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah, faktor pengaruh parti dalam kawasan tersebut dan berapa kali penyandang telah bertanding sebelumnya. Semua faktor diatas didapati sangat signifikan, yakni memberi kesan yang ketara keatas keputusan pilihan raya.

Dalam ramalan ini saya menganggarkan sokongan pengundi Melayu kepada BN diparas 61%, undi Cina 25% dan undi kaum India 60%. Juga saya inputkan aras kekuatan tradisi BN di dalam setiap kawasan pilihanraya.

Dalam membuat ramalan ini, saya ketepikan fahaman politik sendiri bagi menghasilkan ramalan yang objektif dan terbukti tepat sebelum ini. Sama ada ramalan kali ini juga setepat itu, Allahu ‘alam, Allah sahaja yan mengetahui, dan insya Allah kita akan bersama-sama tahu pada 5 Mei ini

Dalam menyediakan ramalan saya akur dengan respond anda sekalian. Pengunjung pengunjung dari BN biasanya gembira, tetapi yang dari PR ramai yang marah kerana ramalan untuk kawasan kawasan DUN setakat ini memihak kepada BN.

Hasil kajian menunjukkan BN akan menang dalam PRU ke 13 dengan memperolehi majoriti melebihi 2/3. Butiran seperti dalam jadual di bawah:

Jadual: Ramalan Keputusan Pilihan Raya Parlimen Malaysia Tahun 2013
SemenanjungBN MinimaBN Maxima
BN113121
DAP2726
PKR1713
PAS85
Jumlah165165
Sabah & Sarawak
BN4649
DAP87
PKR21
PAS00
Bebas10
Jumlah5757
Jadual di atas menunjukkan dalam senario minima BN akan memenangi 159 kerusi parlimen di seluruh Malaysia manakala DAP akan memenangi 35 kerusi, PKR 19 dan PAS 8. Dalam senario yang terbaik pula BN akan memenangi 170 kerusi, diikuti DAP dengan 33 kerusi, PKR 14 dan PAS 5. Untuk majoriti 2/3 BN hanya memerlukan 148 kerusi.

(Dipetik dari Blog Dah Ikhwan)


SUMBER:

WZWH: PRU 13 Ramalan Saintifik Parlimen BN Minima 159, BN ...

wzwh.blogspot.com/.../pru-13-ramalan-saintifik-parli...

Translate this page
16 hours ago – PRU 13 Ramalan Saintifik Parlimen BN Minima 159, BN Maksima 170 Kajian Terkini! Sejak kita ... Kehkehkeh terguling aku gelak tengok analisa ni. Mapuh bn ...