Friday, May 03, 2013

Betul Kata TUN.....


Kempen DAP akhir-akhir ini semakin menampakkan semangat perkauman yang kuat dari parti itu.   Paling menyerlah ialah kempen di Gelang Patah di mana Lim Kit Siang yang menjadi calonnya.   Semakin hari semakin galak Lim Kit Siang menyebarkan kebencian terhadap kerajaan Melayu dengan  mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu.   Kit Siang inginkan seluruh kaum Cina menentang perlembagaan Malaysia dan berjanji akan merombaknya jika DAP dan PR berkuasa.  


Menurut Kit Siang, mana-mana kaum Cina yang menentang DAP adalah pengkhianat kepada kaumnya.  Kata-kata ini jelas membayangkan bahawa perjuangan DAP hanyalah untuk memastikan kaumnya berkuasa.  

Sebelum berdebat mengenai hujah Kit Siang ini, wajarlah kita seluruh rakyat Malaysia memahami terlebih dahulu apa itu Ketuanan Melayu.   ‘Ketuanan’ merujuk kepada kuasa dan kemampuan untuk mengarah orang lain agar mengikut telunjuk kita.   

Apakah Melayu mempunyai kuasa dan kemampuan sedemikian?   

Tentulah tidak, kerana hari ini juga kita melihat bagaimana kaum Cina lebih berkuasa menentukan peluang pekerjaan dan pembahagian kek ekonomi dalam negara.  Segala kontrak, pusat-pusat perdagangan, perniagaan dan segala-galanya bergerak atas kuasa kaum Cina.  Kaum Melayu pula hanya merupakan penyumbang kepada statistik daya beli yang kemudiannya turut memberi keuntungan kepada kaum Cina.  Maka, semakin ramai kaum Melayu yang mempunyai daya beli yang tinggi, semakin berkembanglah ekonomi kaum Cina dan semakin kuatlah mereka.  

Oleh itu, kaum Melayu tidak mungkin mampu menyaingi kaum Cina yang merupakan pemain utama dalam aktiviti ekonomi.  Maksudnya, kaum Cina sudah pun menjadi ‘Tuan’ di negara ini dengan keupayaan untuk memonopoli, mengawal harga, menyediakan peluang pekerjaan, semuanya perlu bergantung kepada kaum Cina.   

Disinilah terletaknya ‘keindahan’ perlembagaan Malaysia kerana ia memastikan kaum Melayu tidak terus terpinggir dan dipijak oleh kaum yang menguasai ekonomi.   Hak-hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan menggariskan had-had tertentu agar pemilikan Melayu dari segi hartanah dan peluang pendidikan dipelihara.  

Justeru, Ketuanan Melayu yang digusarkan Kit Siang bukan bermakna kuasa atau kemampuan untuk berbuat apa-apa.  Ia hanya bererti mempertahankan hak, atau lebih tepat ‘peluang’ untuk kelangsungan hidup bangsa Melayu.  

Tetapi, apa yang dikempen oleh Kit Siang iaitu agar Cina bangkit dan menentang hak-hak Melayu dan kemudiannya menghapuskan Institusi Raja-raja dan peruntukan Islam sebagai agama rasmi adalah sebenarnya laungan ke arah Ketuanan Cina.   Sedangkan hak-hak kaum Cina telah turut dipertahankan di bawah perlembagaan iaitu budaya dan bahasa mereka tidak dapat dipersoalkan lagi.  Malah, mereka juga mempunyai sekolah sendiri dan penetapan cuti umum bagi semua perayaan adat serta agama mereka yang mana tidak pernah dibuat oleh negara lain.  

Berdasarkan hakikat ini, maka apa yang ingin Kit Siang perjuangkan bukan lagi untuk mempertahankan hak kaum Cina, serta memijak kaum Melayu.  Atau dalam ertikata lain, untuk menjadi Tuan dalam ertikata yang sebenarnya sepertimana kaum Cina di Singapura.


KITA KEMBALI SOKONG BN BERAMAI-RAMAI.




sumber:  

KL CHRONICLE: Analisis #PRU13 : Bangsa Melayu, Bangsa Yang ...

thekl-chronicle.blogspot.com/.../analisis-pru13-bangsa...
Translate this page
6 hours ago – Analisis #PRU13 : Bangsa Melayu, Bangsa Yang Sanggup Gadai Kuasa dan ... Ia hanya bererti mempertahankan hak, atau lebih tepat 'peluang' untuk ...