Tuesday, May 07, 2013

Orang Melayu boleh kunjungi kedai rakyat 1Malaysia

kedai-rakyat-1-malaysia
kedai rakyat 1malaysia

'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.




5 Fakta tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia
  1. Kedai Rakyat 1 Malaysia telah diilhamkan dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Rabu bersamaan 22 Jun 2011
  2. Kedai Rakyat 1 Malaysia akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd
  3. Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama dilancarkan di  Stesen LRT Kelana Jaya
  4. Harga barangan yang lebih murah berbanding barangan yang berada di pasaran
  5. Berkonsepkan pasar mini menjual pelbagai barangan tanpa jenama dengan harga berpatutan