Saturday, May 25, 2013

Dr. Mohd. Faisal Sham Abdol Hazis UNIMAS perlekeh Barisan Nasional.

Add caption

KUALA LUMPUR 23 Mei - Seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menggunakan forum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini sebagai platform untuk memperlekehkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perbuatan itu dilakukan oleh Ketua Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial Unimas, Dr. Mohd. Faisal Sham Abdol Hazis semasa membentangkan analisisnya tentang kemenangan BN di dua negeri itu pada Forum Pasca PRU-13: Meneliti Hasil, Meneroka Ke Hadapan.

Beliau mendakwa, 'dominasi' BN di Sabah dan Sarawak mempunyai kaitan dengan struktur politik yang tidak demokratik, media tidak bebas, amalan politik autoritarian (strongman politics) dan birokrasi bersifat partisan.

Mohd. Faisal Sham turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mengaitkan kemenangan BN dengan dakwaan pengundi hantu.
"Satu aspek lagi yang banyak diperkatakan tetapi lazimnya terlepas pandang ialah sistem pilihan raya yang tidak adil dan bebas.

"Kalau kita lihat di Sabah dari segi 'projek IC' telah banyak didokumentasi dan daripada pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah banyak membuktikan memang ada wujud pengundi 'projek IC' itu," katanya.

Beliau juga menuduh BN menggunakan samseng dan anggota Rela untuk mengugut serta menakut-nakutkan pengundi.

Dakwanya, samseng telah mengugut untuk membunuh seorang tuai rumah di Saratok, Sarawak sebaik sahaja calon BN kalah di salah satu saluran mengundi kawasan Parlimen berkenaan.

"Laporan polis telah dibuat. Kami tahu tentang kejadian itu kerana yang diancam ialah bapa saudara kepada salah seorang penyelidik kami," jelasnya.

Kata Mohd. Faisal Sham, pengundi juga diberitahu mereka tidak akan menerima bantuan kerajaan sekiranya mengundi pembangkang.

"Bagi mereka yang sudah terpanggil untuk membuat perubahan, elemen menakut-nakutkan pengundi akan berlaku.

"Ini menjadi antara sekatan yang menyebabkan mereka tidak mengundi pembangkang," ujarnya.


Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN

m.utusan.com.my/.../Forum-bertukar-sesi-tohmahan-t...

Translate this page
16 hours ago – Utusan Online - The Malaysian top news provider in Bahasa Melayu. ...Faisal Sham Abdol Hazis semasa membentangkan analisisnya tentang ...