Monday, May 06, 2013

MELAYU HARUS MENANGIS.. kerana PRU13...


Dengan sokongan penuh masyarakat Cina kepada DAP, orang Melayu wajar menangis, kerana membiarkan bangsa berpecah. Melayu berpecah sebab mengikut pemimpin idola dan fahaman. Manakala rakyat Sabah dan Sarawak kekal utuh bersama pemimpin mereka.



keputusan PRU13


2.  Melayu akan kekal selamat kalau Najib, Hadi dan Anwar boleh duduk untuk menginsafi kecelakaan bakal menimpa bangsa, agama dan negara. Kita doakan mereka berjaya buat sesuatu dan harap mereka tidak mengajak pengikut masing-masing berdoa supaya kelompok Melayu Islam yang lain musnah.

3.  Suasana berpecah beginilah yang akhirnya memboleh Inggeris membelasah Melayu Perak mengikut 3 kelompok pengikut Raja-raja yang mengidam takhta. Dalam suasana sebegitu Melayu kelihatan aman tetapi jatidiri telah terbelah tiga. Waktu itulah kekuatan ekonomi Melayu Perak dimusnahkan apabila empayar ekonomi Melayu ditangan warisan Long Jaafar  diranapkan.

4.  Bukankah Tony Pua telah mempersoalkan kekuatan Syed Mokhtar? Bukankah masyarakat Cina telah mempersoalkan rangkaian kedai 1Malaysia?  Orang Melayu tidak boleh selama-lamanya seronok berkumpul ramai-ramai mendengar ceramah kerana kekuatan itu adalah superficial, tanpa berdiri atas kerangka ekonomi yang kuat. Melayu akan kuat sebab mantapnya kuasa ekonomi, bukan kuatnya sorakan dan jeritan sekitar dunia ceramah.

5.  Dalam suasana kekalahan beberapa pemimpin utama seperti Ali Rustam dan Ghani Othman, kekalahan tidak boleh dilayan cara "Saya dah buat macam-macam..... apa lagi?".  Dan Najib sendiri pun tidak boleh terus kata "oh, we have done so much to the Chinese....." Bukan itu isunya, isu pokok ialah Orang Cina memilih DAP demi kelangsungan dan survival kaum mereka.   Orang Cina terus lantang menuntut untuk kaumnya, lalu mereka dapat, tetapi mereka bukan tunjuk rasa syukur dengan mengundi BN, sebaliknya terus berpaut dengat pejuang bangsa mereka iaitu DAP. Melayu masih belum terpanggil untuk bernaung bawah satu payung......  waktu itu mereka percaya dalam keadaan Melayu berpecah tiga, DAP mampu berkeras dan duduk di atas.


6.  Kalau diutarakan pendapat bahawa orang Cina yang berpaut dengan DAP secara total sebenarnya terpikat dengan racism anti-melayu, APA KITA NAK KATA??? Kalau ada yang utarakan, wajarkah kaum Cina diberi perhatian seterusnya? APA KITA NAK KATA???... Kalau ultra-malays kata , biarkan saja Cina mereput dalam bandar keagungan mereka dan kuasa ekonomi mereka di situ buat selama-lamanya... APA KITA NAK KATA???... Kalau ada yang berhujah, mungkin ini masanya untuk mempamirkan bahawa orang Melayu boleh berdiri atas kekuatan ekonomi orang Melayu sendiri, APA KITA NAK KATA???... Kalau ada yang suarakan , mari kita kerat-kerat economic chains and networks kaum Cina, APA KITA NAK KATA???.....



7.  Mungkin kita wajar tanya diri sendiri, siapa berjuang untuk Melayu?.... harap jangan ada lagi pemimpin PAS mahu memaki hamum umat Islam bukan PAS dengan tuduhan seolah selain orang PAS, semua adalah celaka, bangsat, iblis dan syaitan. Harap jangan ada sesama Melayu asyik nak berperang, bergaduh menegak benang. Benang yang nak ditegakkan itu telah ditegakkan oleh Rasulallah beribu tahun dulu.  Jangan ada orang Melayu sebut-sebut lagi tagline "kami ulama, pewaris agama.."  seolah orang lain alif ba ta pun tidak tahu.


jangan dan jangan.


Atau orang Melayu tidak peduli apa-apa lagi.???



Umat Melayu harus menangis dan menginsafi kemelut bangsa dan agama sendiri. Umat Melayu kalah ditangan Bangsa Cina / DAP.

Mungkin selepas puas menangis, Melayu mampu muncul dan bangun lebih ultra, brutal dan ganas untuk bangsa sendiri. Pedulikan semua!!!!