Tuesday, May 07, 2013

POLIS TAHAN PAPA GOMO DAN KING JASON..!!!

TERGEMPAR!!!   Papa Gomo, King Jason ditahan polis






AHMAD ISMADI ISMAIL
7 Mei 2013


SHAH ALAM - Dua blogger, Papa Gomo dan King Jason ditahan oleh polis dipercayai berhubung tindakan menyiarkan sentimen berbaur perkauman menerusi blog masing-masing.

Perkara itu disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan twitter yang dikeluarkan kira-kira sejam lalu.

"Papagomo dan King Jason ditahan untuk siasatan polis," bunyi mesej twitter itu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung  tiga entri King Jason menerusi twitter yang dipercayai menfitnah PDRM pada jam 6 petang, semalam.

"Dia (King Jason) dipercayai memberi komen berbaur hasutan dan membangkitkan kebencian orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan PDRM," katanya pada sidang media di pejabat JSJK, Bukit Perdana, Kuala Lumpur hari ini.

Syed Ismail berkata, polis menahan lelaki berusia 38 tahun itu di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang, tengah hari tadi dan turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit dan dua kad memori.

Sejurus polis menahan King Jason, polis menahan Papa Gomo di Danau Kota, Setapak petang tadi.

"Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai memberi kenyataan berbaur perkauman dan boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara di twitter," katanya.

Menurutnya, polis juga merampas dua buah komputer riba, tiga telefon bimbit dan dua buah kad memori.

"Kami akan memohon reman terhadap kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan berhubung kenyataan fitnah dan hasutan mereka.
"Kami juga memberi amaran kepada  orang ramai jangan membuat komen di laman sosial yang boleh menggugat kententeraman awam," katanya.

Beliau berkata, anggota dari bahagian Jenayah Siber, JSJK melalui strategi 'Royal Malaysia Police Integrated Media Action Plan' (RMP Imap) memantau dan mengenal pasti beberapa lagi individu yang cuba membangkitkan isu perkauman atau hasutan.

"Kami akan memberkas mereka setelah maklumat mengenai mereka diperoleh.

“Kami juga menasihatkan pengguna media sosial dapatkan fakta dan maklumat tepat sebelum memuat naik ke blog atau mana-mana media sosial," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta 4 (1) Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain Syed Ismail berkata, polis telah membebaskan penulis blog Milosuam dengan jaminan polis pada 4 Mei lalu.

"Kami akan menyerahkan semula kertas siasatan kepada peguam negara untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Sinarharian ‎- 1 hour ago


mStar Online : Pemilik Blog, Papa Gomo & King Jason Ditahan Polis


mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/5/...


Translate this page
2 hours ago – KUALA LUMPUR: Dua pemilik blog, Papa Gomo dan King Jasonditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa ...