Nostalgia;
Teringatkan alam persekolahan dulu. Ada guru yang mukanya bengis dan ada pula yang manis dan sejuk. Guru pelbagai wajah itu ada tanggungjawab mendidik anak muridnya. Ada yang garang dan ada yang tidak. Ada yang celupar dan berbahasa kasar manakala ada pula yang sangat tinggi budi bahasanya. Guru penyampai atau pembimbing kearah ilmu.
Baru-baru ini sambil bersantai depan kaca TV mengikuti berita jam 8, saya tersentak dengan gaya dan bahasa Nazri, seorang menteri kabinet. Beliau mengulas perarakan Hindraf.
Budi dan Bahasa;
Kalau Nazri menganggap beliau berbudibahasa dan berhemah, sebenarnya ramai lagi yang lebih baik darinya di bumi bertuah ini. Kalau Nazri menganggap beliau garang, bengis dan tegas, tentu boleh dikumpulkan beribu-ribu lagi yang lebih celupar, lebih garang, bengis dan brutal!
Adalah adil untuk melihat dan menerima rakyat seadanya, kalau tidak rakyat tidak lagi mahukan kita. Bukankah kita berkhidmat untuk mereka. Bila rakyat mula bangun, sebelum segera melatah, relakan sedikit masa untuk muhasabah diri. Itu langkah terbaik sebelum cermin jatuh pecah ketika kita masih membetul posisi untuk CERMIN DIRI.
Wednesday, November 28, 2007
Tuesday, November 27, 2007
Keterbukaan yang mengundang celaka.
Awal dulu dimaklumkan bahawa kerajaan era AAB adalah terbuka, berbeza dengan era Tun. Menteri-menteri tertentu pun segera ke media mengiakan, kononnya mereka kini boleh bersuara.
Kerajaan yang terbuka bukan terhenti dengan kenyataan begitu saja. Dalam keterbukaan itu, mesti ada konsep penggunaan pandangan untuk "kemakmuran dan kesejahteraan".
Keterbukaan bukanlah bermaksud ruang untuk pandangan kosong tanpa erti, seperti ramai kawan kita yang berlenggang dari buggie ke lubang no 18, sambil mendengus kerana RM60K akan terbang dalam 'betting'. Keterbukaan bukannya disahkan dengan suara dari Kinabatangan dan Jasin.
Kritikan Tun, kekal begitu saja malah diherdik. Kritikan Sang Kelembai dibedal macam keldai tercampak keluar kandang. Kritikan Ahirudin Attan dan Jeff Ooi, mengheret kedua-duanya ke Mahkamah. RPK juga tidak terkecuali.
Sementara kita mengaku terbuka, kita mudah terperanjat dan pantang dicabar.
Dato menyentuh tentang agama dan bangsa. Tidak dapat dinafikan sememangnya kita terpisah dengan garis Bangsa dan Agama. Itu cara kita hidup. Itu cara kita bersekolah. Itu cara kita makan di kedai. Itu juga cara kita tinggal di kampung dan bandar. Sering terpisah.
Rentetan peristiwa akhir-akhir ini adalah ujian penting terhadap terbukaan kerajaan seperti yang sering dilaung-laungkan. Dicelah-celah itu ada persoalan penting, tinggikah kefahaman tentang kenegaraan di kalangan pemimpin kini. Dimanakah silapnya?
(untuk scribe)

Friday, November 23, 2007
BATU PUTEH: jangan putih mata.
Arm twisting atau Kilas tangan:
Perundingan dalam hidup seharian bukan semuanya lurus. Pelbagai taktik boleh digunakan.
Selagi ada tangan sempat direntap, buah kilas tangan boleh digunakan. Selagi ada sarang boleh dijolok, galah akan dihulurkan.
Dalam dunia perniagaan, taktik kilas dan taktik jolok bukan perkara baru. Apatah pula untuk rundingan antara negara.
Pemerhatian Dato tepat sekali. Singapura turun dengan pasukan terbaik. Kita seolah turun dengan myTeam3 yang lahir di sebalik lonjakan busines dan reality show. Seolah kita turun bukan untuk menang.
Pertelingkahan batu puteh jika dikait dengan SJER, macam ada kerumitan dari segi strategi dan fokus. Kita mahu batu putih, tetapi kita merayu Singapura segera melabur dalam SJER. Macam ada konflik.
Pada saya, bukan satu dua lengan yang telah dan akan terkilas dengan isu Batu Puteh. Juga dalam soal ini, relevankah ungkapan "biar putih tulang jangan putih mata" ketika mereka menghunus keris di PWTC tempuh hari. Adalah menjadi harapan ramai, agar pejuang-pejuang “tulin” Melayu tidak melakukannya semata-mata untuk menang sorak manakala kampung, tanah, udara, air, selat, laut, pasir dan BATU dibiar terus tergadai.
(as posted in the scribe)

Sunday, November 18, 2007
when eagles fight in the air
An interesting sight. Eagles fight in the air. That is their natural arena for fights as lawyers do in courts and as politicians do on platforms.
When eagles fight, feathers fall.
As i watch the feathers fall and make their way to the ground, few faces come to my mind;
Ramli,
Musa,
Ghani,
Lingam,
Fairuz,
And as i look at the eagles soaring high, i see these images;
AAB
NAR
KJ
TDM
King
Tengku Mahkota

Sunday, November 11, 2007
being sick.
Tiga pemimpin terkenal negara kita sakit suatu ketika dulu. Mereka perlukan rawatan sewajarnya.
Anwar sakit tengkuk atau sakit belakang. Dia pakai brace warna putih di leher. Kena pakai wheel chair. Tempat berubatnya ialah Germany.
Abdullah difahamkan sakit resdung. Dia dapat rawatan di Australia.
Mahathir sakit jantung. Dia dibedah dua kali di Kuala Lumpur.
Timbul tandatanya. Memang betul-betul ke sakit ketiga-tiga pemimpin negara ini. Kes mahathir senang disemak sebab berlaku di negara sendiri. Doktor, jururawat pun orang tempatan. Kita boleh tanya mereka. Kes Anwar dan Abdullah susah sikit untuk dibuktikan sebab rawatan dibuat di negara luar.

handball.
handball!!. jeritan biasa tepi padang, bila tangan pemain menyentuh bola di padang. Jeritan itu bertukar nada jika pengadil TIDAK tiup wisel dan TIDAK beri sepakan percuma. yang berkuasa tetap pengadil. yang membayar dan terus jadikan bolasepak kekal relevan adalah penonton.
segala-galanya bermula ketika myTeam ditubuhkan. Nampak mudah saja. Satu pembaharuan dalam permainan bolasepak. Ada pendekatan segar dalam menjana minat dan penyertaan. Pada satu ketika orang hairan, negeri mana yang diwakili oleh myTeam.
tentunya ada Raja yang tak selesa dengan trend ini. ini teka saya saja.
kemudian Raja Muda mengosongkan jawatan yang disandang sekian lama, dan tak nak bertanding lagi dah.
lepas itu ada orang baru masuk. orang itu namanya Khairy.
sebelum itu ada lagi peristiwa lain, seorang anak bekas PM tarik dari bertanding dalam UMNO. lepas itu ada baru masuk. orang itu namanya Khairy.
saya kata benda ini, handball. Foul! Kalau dalam padang, bila pemain dah naik geram, ada teknik kasar yang boleh dilakukan tanpa dapat dikesan oleh Pengadil. Ada masanya tempurung lutut boleh tercabut. Ada ketikanya tulang boleh patah.
a foul invites another foul.

talk about NEGARAKU.
Talk about NEGARAKU, our national anthem.
Assuming that we sing Negaraku 40 times a year, with 6 years at primary, another 5 at secondary, then most us have done 440 times during school assemblies. Monday morning. Remember? White shoes, white socks and white shirts.
I am not trying to be funny, but can anybody guess how many times Khairy, Datuk Patrick Lim and Datuk kalimullah sing NEGARAKU during schooldays when hearts are as white as the shirts we were wearing on monday morning assemblies.

the many angles to see
Gelombang Kuning beri signal yang sangat hebat kepada Kabinet. Silap Presiden UMNO menyentuh tentang "demonstrasi jalanan" dan "pantang dicabar" masa berucap 20 minit dalam Dewan. Patutnya jangan sentuh langsung. Barulah nampak aloof dan statesmanlike.
Saya rasa terpegun bila baca truck FRU tak dapat gerak, tersekat dalam ribuan insan.
Mengurus ribuan manusia dalam gelombang begitu bukan benda main-main. Ribuan manusia yang bernyawa, ada anak, ada bapa dan berkongsi ibu pertiwi, punya hak yang sama seperti orang di Sepetang, seperti orang di Parit Botak, Kampung Sireh, Kuala Berang, Tanjung Lumpor dan juga yang duduk dalam Kabinet.
Mengurus kerajaan dan negara juga bukan mudah. Bagi yang sudah veteran, mengurus anak dan menantu juga bukan senang. Lalu betullah ungkapan "telan mati anak, luah mati menantu". Tidak dinafikan, ramai yang pernah berhadapan dengan situasi serba tak kena. Rasa lemas!
Boleh juga kita rujuk dengan ungkapan "malu bertanya, sesat jalan". Soalnya, siapa yang patut kita tanya? Tanya budak pun boleh, tanya orang tua pun boleh. Tanya orang berpengalaman boleh, tanya orang tak berpengalaman (atau kanyiaq) pun boleh.
Kita berkongsi hak dan tanah air. Ia memberi signal besar kepada Kabinet, bahawa selepas diberi mandat memerintah, bukan bermaksud Kabinet boleh buat apa saja. Bila rakyat sangsi, bimbang dan terkeliru apatah lagi suara sumbang semakin berkumandang tentang gangguan dalam pemerintahan. Ada pulak yang kata negara kita dalam auto pilot mode.
Mungkin rakyat tidak faham. Kalau bagitu, ceritalah baik-baik, dalam bahasa mudah. Rakyat perlu faham banyak perkara, tentang SJER, tentang petrol, tentang espionage yang disebut-sebut.
Mengandaikan bahawa, orang Melayu tidak akan memangkah yang lain, sangat bahaya! Dalam keadaan tersepit, orang akan berfikir sejenak sebelum memangkah; antara anak dan menantu, antara Bola dan Koridor, antara 880 billion dan 880 projek, antara orang tua cerdik dan budak berhingus, antara jual dan sayangkan negara, antara terbela dan tergadai!
Gelombang Kuning ada mesej besar! Lets do some soul serching and soul cleansing. Kita diajar dari sekolah lagi, bila menyanyi NEGARAKU, nyanyilah dengan penuh semangat. Semangat itulah yang diperlukan untuk menjamin kesejahteraan tanah air tercinta.
(as in Ron's)

Thursday, November 08, 2007
gelombang kuning
dimaklumkan, KL jadi kuning esuk lusa. KL juga boleh berubah merah. Dulu 1969 warnanya merah.
3001: searching for Patrick LIM
Patrick Lim - Chief Financial Officer Mr. Lim joined the Company in 2005 and currently manages the Company's accounting and financial departments. Mr. Lim is a CFA, a member of the Chartered Institute of Management Accountants in UK and a member of the Hong Kong Institute of Certified Public Accountants. http://www.forbes.com
Datuk Patrick Lim Soo Kit is a substantialshareholder of the Company(Equine Capital) with indirect interest of22.63%. He is the husband of Datin Wong Mun Yee and nephew to Lim Ah Yee and Lim Ah Chai. DatinWong Mun Yee, Lim Ah Yee and Lim Ah Chai are alsosubstantial shareholders of the Company with indirectinterest of 22.63%.(Equine Capital Bhd, 2004 Annual Report , page 16-17)
http://sahathevan.blogspot.com
The Star today reports Equine executive chairman Patrick Lim highlighting two aspects of the project, which will be officially launched on 12 September 2007:
1. Two new flyovers that Equine associate Abad Naluri will build to connect the PGCC to the Penang Outer Ring Road (another controversial project); and
2. The green credentials of the PGCC - 40 per cent of PGCC to be allocated to “green and open spaces”, carbon-free city
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=7792
Terengganu Heritage Bay director Datuk Patrick Lim said there were tremendous benefits that Malaysia could derive from the project including breeding a new generation of sailors, infrastructure development, transfer of technology in boat building, sports tourism and entrepreneurship in support services.
http://www.cupineurope.com/NewsEN/2007/Malaysia.htm

wajah dan tabir
Politik yang serius bermaksud memanjat tiang licin kepuncak. Rata-rata kejayaan adalah diusahakan, bukan kebetulan.
Seharusnya Najib berada di atas, bila tiba waktunya. Nasib yang menimpa beberapa TPM sebelum ini, adalah peringatan kepada Najib, bahawa seseorang boleh naik bila dijulang dan ditolak keatas. Namun jika ditarik atau diterjah, seseorang boleh jatuh menggelungsur.
Kes Ramli dan Musa memaparkan konflik. Insiden seperti ini jarang berlaku, jadi Orang akan buat tanggapan. Hanif Omar awal-awal lagi sudah beri amaran wujudnya dua kem dalam polis. Rakyat menunggu usaha berdamai. Rakyat kekal kecewa. Kabinet suka Koridor bukan selesaikan Konflik.
Jangan sangka Ramli mesti jatuh. Jangan terus kata Musa boleh senyum. Kalau Khairy cuba sesuatu, jangan terus mengiakan bahawa Najib akan turun. Belum tentu.
Khairy mungkin selamat dibelakang wajah ulama Mertuanya. Sepertimana Musa menjangka dirinya selamat dibelakang wajah ulama Bapanya. Najib juga menjangka dirinya selamat dengan prestasinya, dengan penyokongnya dan wajah pembangunan Bapanya.
Akal dan budi bukan berada pada wajah. Wajah sekadar tabir yang mampu menutup apa jua didalam. Isi durian tidak semestinya sedap seperti harum baunya.
Setakat ini, hasrat Khairy adalah pengetahuan umum. Yang belum dewasa pun dapat mengerti apa muslihat Khairy. Tapi yang dewasa sering bertanya, apa ada pada khairy? Yang veteran pula menggeleng kepala kerana sejarah kerap memapar kisah sedih betapa yang gelojoh sering jatuh tersembam!
Terima kasih.
the like of Rasputin
Pertama kali dalam dekad ini, seorang yang rapat dengan PM sering disebut dengan nada meluat.
Beliau tetap berpengaruh dalam banyak hal. Dari sekecil bola ke sebesar Koridor.
Meninjau sejarah Russia, ada seorang bernama Rasputin. Beliau juga berpengaruh.
"It has been argued that Rasputin helped to discredit the tsarist government, leading to the fall in 1917 of the Romanov dynasty."
Ada yang mengatakan Rasputin telah mati dibunuh.
Wednesday, November 07, 2007
To a person I know,
Yes, you are so familiar with disgrace. Your early exit is clouded with shame and disgrace. You may want to question it on the angle of fairness, but fate is God’s jurisdiction. To be fair, lets see the disgrace done on Rahim Thamby and Muhamad Taib. Now we see Fairuz. Cant we leave people alone and let people live in peace. Of course that 6 bladed in your pocket is always on the lookout for the next victim.
Do I care?. I don’t. I am not the recepient of millions of Lira, Bath and Peso thrown during the grand days. Remember?

Patrick LIM
a lot has been said about patrick lim. i will try to find out as much as i can, and try to do a mental jigsaw puzzle.
Espionage, war and security:
Men are always at war. Though countries are not perpetually at war, they try to outmanouvre others, most of the time. In most cases is about economic expansion and security.
Pemimpin yang kuat dan tidak friendly akan disediakan saingan yang sesuai untuk diterjah keluar. Mahathir hampir di sula. Suharto dipaksa turun. Taliban pula perlu dilanyak. Kita boleh jengah negara amerika selatan untuk meninjau benda yang sama. Pemimpin yang lemah boleh ditunggang macam keldai. Ada yang kata Malaysia ingin menikmati perkembangan ekonomi Singapura.
Dalam perspektif espionage, war and security, apakah wajah pemimpin kita?.. Pemimpin yang kuat yang perlu diterjah, atau pemimpin yang lemah yang mudah ditunggang?

Monday, November 05, 2007
Menjengah Sang Kelembai
Tadi saya jengah Sang Kelembai. Satu blog kecil, penulisnya seorang yang dipecat dari UMNO tidak berapa lama dulu.
Saya turunkan satu perenggan dalam entri beliau. Saya harap beliau tidak marah.
::<<<: Kumpulan Sahabat itu mendakwa ini sebagai think tank Abdullah Hj Ahmad dan sebilangan besarnya pencacai dia dan bila tidak tertahan dengan beberapa percakapan orang ramai terhadap menantunya. Bila dibangkitkan oleh kumpulan sahabat maka Abdullah Hj Ahmad dengan bengis dan marah berkata “Kalau you all tak hendak sokong saya tak pa” biar saya dengan Khairy. :>>>::
Kalau saya jadi Mr President's Men, tentu saya dapat memahami maksud kata-kata berikut;
Kumpulan Sahabat
Think Tank
Pencacai
Apa pun, saya sukar mengelak dari mengikuti peristiwa-peristiwa tanpa membuat sebarang ulasan walaupun ianya tidak lebih dari mental exercise. Saya melihat MyTeam sebagai keadaan dimana kuatnya PM bersama Khairy. Kalau saya PM, saya tidak akan hadir football game melibatkan Myteam. Ia bukanlah lucah, tapi tidak manis. Ia menjadi terlalu murah.
Tapi saya bukan PM, apakan daya.

Sunday, November 04, 2007
Gelombang Kuning
Melahirkan rasa bimbang, atas usaha menggerakkan gelombang kuning dan tindakan dari pihak pemerintah serta kesan kepada masyarakat umum.
Siapa bilang memerintah negara perkara enteng, macam taukeh restaurant nasi kandar petik jari pada pekerjanya. Rakyat umum tidak faham tentang 138 billions atau 880 projek. Rakyat umum masih hidup dengan gaji/upah yang dibawa pulang setiap bulan. Rakyat biasa tidak pernah merasa rugi beratus ribu ringgit kerana ada yang dengki dengan pemilikan saham bersahaja.
Lupakan isu saudara OSU. Kini kita dipersembahkan dengan usaha membanteras rasuah, lalu akhbar menonjolkan insiden siasat dan lepas. Ada juga yang terlekat, tetapi mereka adalah manusia malang.
Mungkin semua pemimpin yang dipilih oleh tinta pena rakyat jelata di musim pilihanraya adalah bersih-bersih belaka. Kalau tidak, tentulah sudah ada yang disiasat, diheret dan disumbat dalam penjara. Dalam keadaan hari ini, mesej yang ingin disampaikan ialah semua pemimpin dan sanak keluarga mereka adalah bersih semata-mata. Pemimpin-pemimpin tersebut termasuklah PM, TPM, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan pemimpin politik setempat.
Kalian masih ingat bagaimana Arkam dilanyak? Soal akidah itu satu hal. Usaha menjana kekuatan ekonomi yang mampan memang kita kena tabik pada Arkam. Dalam keadaan bangsa kita malu-malu berniaga dan menonjol diri, Arkam berjaya mengujudkan suasana yang memberangsangkan. Anak2 berserban berkeliaran di tempat orang ramai, menjual majalah, akbar dan kalendar adalah satu pandangan yang menakjubkan. That's Marketing at its best!
Mara dan institusi kerajaan selama ini juga berusaha kearah itu. Tetapi Arkam ternyata lebih berjaya. Sayang, Arkam perlu dirobek, ditalkin dan dikuburkan. Dulu mereka bising kerana sheikh arkam kaya raya, tetapi siapa peduli semuda KJ juga boleh jadi kaya!!
Saya beri contoh Arkam bukan bermaksud kecenderungan fahaman, cuma mengupas dari sudut social engineering sahaja.
Thanks.

Saturday, November 03, 2007
on Johari and Ramli
Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharom, yang dihubungi mengaku mengarahkan Ramli memerangi jenayah di Johor yang dikatakan ada hubung kait dengan beberapa Datuk termasuk Jaksa Pendamai (JP).
Katanya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembanteras Peminjam Wang Haram (Along), beliau mempunyai kuasa mengarahkan polis mengambil tindakan itu.
"Saya ada arahkan siasatan mengenai seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Along kerana itu adalah tugas jawatankuasa ini.
"Bila fail berkaitan ahli perniagaan itu diserahkan, saya menelitinya dan mengambil tindakan berdasarkan langkah serta prosedur biasa yang ditetapkan," katanya.
Berita Harian

updates on Nazri Aziz
"Kabinet sentuh isu Ramli"
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff sepatutnya menggunakan mahkamah bagi mempertahankan diri dan bukan membuat kenyataan secara terbuka kepada media berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadapnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata kenyataan Ramli kepada media kelmarin dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, semalam, tetapi tidak ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.
"Kita ada bincang tetapi tak ada keputusan. Kita rasakan Ramli kena pertahankan diri di mahkamah dan bukan bagi PC (sidang akhbar)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Amanah Raya Berhad (ARB) di Wisma Amanah Raya Berhad di sini, semalam.
Nazri mengulas tindakan Ramli yang mengadakan sidang media mengesahkan beliau adalah pegawai kanan polis yang dilaporkan media memiliki aset sebanyak RM27 juta.
Ramli dilaporkan kesal dengan tindakan BPR membocorkan maklumat kepada media berhubung siasatan terhadap dirinya sedangkan ia sepatutnya dirahsiakan memandangkan penyiasatan itu belum lengkap.
Bagaimanapun, Nazri berkata beliau tidak tahu apa sebenarnya dimaksudkan Ramli apabila menuduh BPR membocorkan maklumat kerana beliau mendapati BPR tidak membocorkan sebarang maklumat mengenai nama orang yang disiasat.
'Kesahihan klip video mesti dibukti'
KETEGASAN kerajaan supaya klip video VK Lingam dibuktikan kesahihannya terlebih dulu bertujuan memastikan individu yang dikatakan terbabit dalam skandal itu mendapat pengadilan saksama, sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa tohmahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak ada sebab untuk melindungi sesiapa dalam siasatan itu dan memberi jaminan akan mengesyorkan hasil siasatan didedahkan kepada umum.
"Selagi tidak bukti kesahihannya dan selagi tiada saksi tampil memperakui bukti sedia ada, klip video ini tidak lebih daripada surat layang. Bagaimana panel yang diketuai Tan Sri Mohd Haidar Noor boleh melaksanakan tugas tanpa bukti.
"Kerajaan tidak boleh menyiasat semua tuduhan tetapi saksi enggan tampil memberi bukti atau bersedia disoal siasat. Ini perbuatan sia-sia yang merugikan.
"Perdana Menteri sendiri sudah memberi jaminan pemberi maklumat akan dilindungi. Jadi, saya tidak tahu kenapa mereka yang berkenaan masih sangsi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 di Dewan Rakyat.
Nazri, yang tidak menang tangan melayan pelbagai persoalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), menyuarakan keyakinan kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika klip video itu terbukti sahih.
"BPR cari langkah halang kakitangan swasta rasuah"
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan meningkatkan kerjasama dengan sektor swasta bagi membantunya melaksanakan pelbagai langkah yang boleh menghalang daripada berlakunya rasuah dalam sektor berkenaan.
'BPR laksana tugas ikut prosedur'
KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) menyifatkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan tugas mengikut prosedur, termasuk tidak mendedahkan identiti seorang pegawai kanan polis berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa serta memiliki aset bernilai RM27 juta sepanjang siasatan mereka

The chamber: Tan Sri Abdul Gani Patail and his men
Permohonan bersara awal Mohd Yusof dibatal
Oleh Anwar Hussin
KUALA LUMPUR: Kerajaan membatalkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan di Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, untuk bersara pilihan, minggu lalu, kerana masih memerlukan khidmatnya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata persaraan awal bukanlah satu hak untuk mana-mana individu, ia terpulang kepada kerajaan untuk menerima atau menolaknya.
"Dalam kes ini, kerajaan berpendapat perkhidmatan Mohd Yusof masih diperlukan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata, jawatan terbaru yang akan diisi Mohd Yusof akan ditentukan kemudian oleh Jabatan Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pulang dari perbicaraan kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih yang diadakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.
Jawatan lamanya sebagai ketua unit pendakwaan sudah diisi oleh Tun Abdul Majid Tun Hamzah, 1 Oktober lalu.
Pada 11 September lalu, Abdul Gani mengesahkan spekulasi Mohd Yusof, 52, dan Ketua Unit Kes Berprofil Tinggi, Timbalan Pendakwa Raya Sallehuddin Saidin, 44, akan bersara pilihan, selepas menghantar surat berkaitan, Ogos lalu.
Abdul Gani juga berkata, permohonan kedua-dua pegawai kanan itu diluluskan kerana menerima tawaran dari luar dan sudah bercuti sebelum bersara. Bagaimanapun, difahamkan permohonan Mohd Yusof dibatalkan, minggu lalu.
Mohd Yusof sepatutnya memulakan tugas barunya di Suruhanjaya Sekuriti (SC), kelmarin.
Salehuddin pula sudah beralih bidang dengan menjadi peguam dan membuka pejabat guamannya di Shah Alam.
Mohd Yusof ketika dihubungi semalam mengesahkan sudah menerima surat pembatalan persaraan pilihannya yang dilakukan pada September lalu.
"Saya mengesahkan kebenaran untuk bersara pilihan sudah dibatalkan. Saya tidak ada sebarang ulasan berhubung perkara itu," katanya tanpa mengulas lanjut.
Mohd Yusof berkata, beliau kini masih dengan Jabatan Peguam Negara, sama seperti sebelum beliau mengemukakan permohonan bersara pilihan.
Mohd Yusof, lepasan undang-undang Universiti Malaya, menyertai perkhidmatan guaman dan badan kehakiman pada 1981 sebagai majistret di Melaka dan dilantik mengetuai Unit Pendakwaan Pejabat Peguam Negara pada 2002.

On Norza
SETIAUSAHA politik kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Seri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Norza Zakaria, 40, kini semakin dicemburui dan sesetengahnya berusaha untuk menjatuhkan anak muda yang mula menonjol ini, konon dia naik terlalu cepat dan sedang mengintai satu daripada kerusi Parlimen di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Namun, Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju itu yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik menganggap perkara sedemikian sebagai asam garam dunia politik tetapi hakikat yang tidak boleh disembunyikan ialah generasi muda perlu diberi peluang memikul tanggungjawab, dididik dan dipersiapkan.
Beliau memberi contoh, Bobby Jindal, 36, yang akan menjadi gabenor Louisiana apabila memulakan tugas rasmi Januari depan, menjadikannya gabenor di Amerika Syarikat yang termuda dalam sejarah negara itu.
"Pemimpin di Singapura kebanyakannya juga berusia bawah 40 tahun. Kita tidak boleh kata orang muda tidak bersedia, tetapi berilah peluang. Bagi kita, umur 40 tahun dah tua... dah jadi pak cik dan saya tidak percaya mereka yang berusia bawah 40 tahun tidak bersedia, sedangkan anda sudah menyediakan mereka dengan pendidikan di universiti selain keperluan yang lain.
"Mereka tahu apa itu kepemimpinan yang baik dan sistem penyampaian lebih baik daripada orang lain. Itulah ironinya untuk memahami cabaran masa depan. Pemimpin muda hari ini adalah pewaris Umno," katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya, di Putrajaya baru-baru ini.
Mungkin bagi Norza, masa memang begitu cepat berlalu dan inilah juga hakikat bahawa lebih separuh ahli pergerakan Pemuda yang memegang pelbagai jawatan pada peringkat negeri dan bahagian kini sudah tidak layak lagi untuk kekal dalam pergerakan itu apabila had umur melebihi 40 tahun.

Khairy said this?
Mungkinkah sesetengah wakil Pemuda menggunakan perhimpunan kali ini untuk melobi jadi calon memandangkan selepas ini akan diadakan pilihan raya umum.
Saya rasa tak adalah, sampai kita nak menggunakan pentas yang keramat ini untuk melobi menjadi calon. Tetapi kalau ada pembahas yang dapat menunjukkan prestasi yang baik, sudah tentu pemimpin atasan akan take note, akan melihat potensi mereka. Tetapi perhimpunan agung ini, yalah tradisinya ia menjadi gelanggang bagi kita menguji bakat. Orang politik ini, bakat bercakap hanya satu daripada aspek kepemimpinan. Aspek kepemimpinan ini bukan hanya pandai bercakap, tetapi keikhlasan, kejujuran, komitmen, wawasan, pelaksanaan, kerajinan dan sebagainya. Banyak lagi, jadi kita tidak boleh hanya melihat yang pandai bercakap itu sebagai orang yang ada masa depan yang cerah. Untuk menjadi pemimpin mesti lebih menyeluruh.

on Annuar Musa
Kelantan is resilient. Without Annuar Musa, progress in Kelantan will not be in jeopardy. Anyway does he care to check this with his tribal community?
On Ramli
Dia orang ni nak buktikan apa sebenarnya?
Saya rakyat biasa sangat berharap pendakwaan ini bukan untuk buktikan siapa lebih hebat dan kuat.
Juga saya harap ia bukan sebab-sebab balas dendam.
Juga saya harap ia bukan petanda kepada power struggle yang tidak akan tamat sampai bila-bila.
Saya teringat insiden Dato Jo disiasat suatu masa dulu. Kemudian Ketua Polis Negara pula disiasat. Tetapi kedua-duanya disahkan bersih.
Kini giliran Dato Ramli pula. Mereka perlu menunggu pada saat-saat beliau akan bersara. Seolah mereka ingin nafikan farewell yang sesuai untuk three star general.
Kita diberi peluang melihat macam-macam hal kebelakangan ini. Tadi terbaca dalam akhbar, KJ menyebut tentang "protection" sebagai menantu PM. Beberapa hari yang lalu, Dato Ramli menyebut tentang dia tidak dapat protection sewajarnya dari polis.
Saya rakyat biasa, melihat ini sebagai percakaran dalam sebuah keluarga. Ianya tanda kepada kemusnahan kepada sebuah keluarga kecil.

Subscribe to:
Posts (Atom)