Friday, November 23, 2007

BATU PUTEH: jangan putih mata.

Arm twisting atau Kilas tangan:

Perundingan dalam hidup seharian bukan semuanya lurus. Pelbagai taktik boleh digunakan.

Selagi ada tangan sempat direntap, buah kilas tangan boleh digunakan. Selagi ada sarang boleh dijolok, galah akan dihulurkan.

Dalam dunia perniagaan, taktik kilas dan taktik jolok bukan perkara baru. Apatah pula untuk rundingan antara negara.

Pemerhatian Dato tepat sekali. Singapura turun dengan pasukan terbaik. Kita seolah turun dengan myTeam3 yang lahir di sebalik lonjakan busines dan reality show. Seolah kita turun bukan untuk menang.

Pertelingkahan batu puteh jika dikait dengan SJER, macam ada kerumitan dari segi strategi dan fokus. Kita mahu batu putih, tetapi kita merayu Singapura segera melabur dalam SJER. Macam ada konflik.


Pada saya, bukan satu dua lengan yang telah dan akan terkilas dengan isu Batu Puteh. Juga dalam soal ini, relevankah ungkapan "biar putih tulang jangan putih mata" ketika mereka menghunus keris di PWTC tempuh hari. Adalah menjadi harapan ramai, agar pejuang-pejuang “tulin” Melayu tidak melakukannya semata-mata untuk menang sorak manakala kampung, tanah, udara, air, selat, laut, pasir dan BATU dibiar terus tergadai.



(as posted in the scribe)