Saturday, November 03, 2007

updates on Nazri Aziz

"Kabinet sentuh isu Ramli"


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff sepatutnya menggunakan mahkamah bagi mempertahankan diri dan bukan membuat kenyataan secara terbuka kepada media berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadapnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata kenyataan Ramli kepada media kelmarin dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, semalam, tetapi tidak ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.

"Kita ada bincang tetapi tak ada keputusan. Kita rasakan Ramli kena pertahankan diri di mahkamah dan bukan bagi PC (sidang akhbar)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Amanah Raya Berhad (ARB) di Wisma Amanah Raya Berhad di sini, semalam.

Nazri mengulas tindakan Ramli yang mengadakan sidang media mengesahkan beliau adalah pegawai kanan polis yang dilaporkan media memiliki aset sebanyak RM27 juta.

Ramli dilaporkan kesal dengan tindakan BPR membocorkan maklumat kepada media berhubung siasatan terhadap dirinya sedangkan ia sepatutnya dirahsiakan memandangkan penyiasatan itu belum lengkap.

Bagaimanapun, Nazri berkata beliau tidak tahu apa sebenarnya dimaksudkan Ramli apabila menuduh BPR membocorkan maklumat kerana beliau mendapati BPR tidak membocorkan sebarang maklumat mengenai nama orang yang disiasat.


'Kesahihan klip video mesti dibukti'


KETEGASAN kerajaan supaya klip video VK Lingam dibuktikan kesahihannya terlebih dulu bertujuan memastikan individu yang dikatakan terbabit dalam skandal itu mendapat pengadilan saksama, sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa tohmahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak ada sebab untuk melindungi sesiapa dalam siasatan itu dan memberi jaminan akan mengesyorkan hasil siasatan didedahkan kepada umum.

"Selagi tidak bukti kesahihannya dan selagi tiada saksi tampil memperakui bukti sedia ada, klip video ini tidak lebih daripada surat layang. Bagaimana panel yang diketuai Tan Sri Mohd Haidar Noor boleh melaksanakan tugas tanpa bukti.

"Kerajaan tidak boleh menyiasat semua tuduhan tetapi saksi enggan tampil memberi bukti atau bersedia disoal siasat. Ini perbuatan sia-sia yang merugikan.

"Perdana Menteri sendiri sudah memberi jaminan pemberi maklumat akan dilindungi. Jadi, saya tidak tahu kenapa mereka yang berkenaan masih sangsi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 di Dewan Rakyat.

Nazri, yang tidak menang tangan melayan pelbagai persoalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), menyuarakan keyakinan kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika klip video itu terbukti sahih.


"BPR cari langkah halang kakitangan swasta rasuah"

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan meningkatkan kerjasama dengan sektor swasta bagi membantunya melaksanakan pelbagai langkah yang boleh menghalang daripada berlakunya rasuah dalam sektor berkenaan.


'BPR laksana tugas ikut prosedur'

KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) menyifatkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan tugas mengikut prosedur, termasuk tidak mendedahkan identiti seorang pegawai kanan polis berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa serta memiliki aset bernilai RM27 juta sepanjang siasatan mereka