Teringatkan alam persekolahan dulu. Ada guru yang mukanya bengis dan ada pula yang manis dan sejuk. Guru pelbagai wajah itu ada tanggungjawab mendidik anak muridnya. Ada yang garang dan ada yang tidak. Ada yang celupar dan berbahasa kasar manakala ada pula yang sangat tinggi budi bahasanya. Guru penyampai atau pembimbing kearah ilmu.
Baru-baru ini sambil bersantai depan kaca TV mengikuti berita jam 8, saya tersentak dengan gaya dan bahasa Nazri, seorang menteri kabinet. Beliau mengulas perarakan Hindraf.
Budi dan Bahasa;

Adalah adil untuk melihat dan menerima rakyat seadanya, kalau tidak rakyat tidak lagi mahukan kita. Bukankah kita berkhidmat untuk mereka. Bila rakyat mula bangun, sebelum segera melatah, relakan sedikit masa untuk muhasabah diri. Itu langkah terbaik sebelum cermin jatuh pecah ketika kita masih membetul posisi untuk CERMIN DIRI.