Melahirkan rasa bimbang, atas usaha menggerakkan gelombang kuning dan tindakan dari pihak pemerintah serta kesan kepada masyarakat umum.
Siapa bilang memerintah negara perkara enteng, macam taukeh restaurant nasi kandar petik jari pada pekerjanya. Rakyat umum tidak faham tentang 138 billions atau 880 projek. Rakyat umum masih hidup dengan gaji/upah yang dibawa pulang setiap bulan. Rakyat biasa tidak pernah merasa rugi beratus ribu ringgit kerana ada yang dengki dengan pemilikan saham bersahaja.
Lupakan isu saudara OSU. Kini kita dipersembahkan dengan usaha membanteras rasuah, lalu akhbar menonjolkan insiden siasat dan lepas. Ada juga yang terlekat, tetapi mereka adalah manusia malang.
Mungkin semua pemimpin yang dipilih oleh tinta pena rakyat jelata di musim pilihanraya adalah bersih-bersih belaka. Kalau tidak, tentulah sudah ada yang disiasat, diheret dan disumbat dalam penjara. Dalam keadaan hari ini, mesej yang ingin disampaikan ialah semua pemimpin dan sanak keluarga mereka adalah bersih semata-mata. Pemimpin-pemimpin tersebut termasuklah PM, TPM, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan pemimpin politik setempat.
Kalian masih ingat bagaimana Arkam dilanyak? Soal akidah itu satu hal. Usaha menjana kekuatan ekonomi yang mampan memang kita kena tabik pada Arkam. Dalam keadaan bangsa kita malu-malu berniaga dan menonjol diri, Arkam berjaya mengujudkan suasana yang memberangsangkan. Anak2 berserban berkeliaran di tempat orang ramai, menjual majalah, akbar dan kalendar adalah satu pandangan yang menakjubkan. That's Marketing at its best!
Mara dan institusi kerajaan selama ini juga berusaha kearah itu. Tetapi Arkam ternyata lebih berjaya. Sayang, Arkam perlu dirobek, ditalkin dan dikuburkan. Dulu mereka bising kerana sheikh arkam kaya raya, tetapi siapa peduli semuda KJ juga boleh jadi kaya!!
Saya beri contoh Arkam bukan bermaksud kecenderungan fahaman, cuma mengupas dari sudut social engineering sahaja.
Thanks.