Zaman selepas Bom Atom Hiroshima tahun 1945, penuh dengan peperangan dengan inisiatif Amerika.
Terkini adalah rangkaian peperangan sekitar laut Caspian.
Ramai sudah lupa tentang Mass Destruction Weapons milik Sadam Hussein sebagai penyebab Amerika secara unilateral menyerang Iraq.
Sadam sudah mati digantung, MDW tidak dijumpai, tetapi Amerika masih di Parsi.
Penganalisis sering mengaitkan Perang Iraq sebagai pengukuhan Amerika keatas dominasi sumber tenaga. Disitu ada minyak yang banyak. Iraq dan Afghanistan berada dalam rangkaian pengaliran minyak dari sekitar laut caspian ke dunia luar.
Sumber tenaga alternatif iaitu Nuklear juga dalam kawalan Amerika. Oleh yang demikian Iran perlu disekat Amerika dari terus maju dalam bidang nuklear.
Russia bukanlah sebuah negara kecil. Russia, satu-satu negara yang telah bergiat melengahkan perang Amerika keatas Iran.
Perang Georgia adalah balas dendam Russia keatas seterunya, Amerika, dan negara-negara sekutu.
Dengan ketenteraan yang terikat di Iraq dan Afghanistan, Amerika tidak mampu berbuat apa-apa. Negara-negara di Eropah selepas ini dijangka akan lebih berbaik dengan Russia.
Bila Amerika berusaha meletak mana-mana pemimpin dalam sesebuah negara, sering rakyat melihat dengan sinis. Permainan dominasi Amerika sangat ghairah.
Sementara Anwar Ibrahim selalu dikatakan sebagai ejen kuasa asing iaitu Amerika, suka diingatkan orang Permatang Pauh tentang dominasi kuasa stail Amerika. Sudah berjuta umat Islam tumbang ke tanah.
Tetapi bagi mereka yang ghairah ingin berkuasa, apa mereka peduli?. Diperingkat tinggi, orang jarang jujur kerana mereka bawa pisau lipat enam mata.
Monday, August 18, 2008
Perang Georgia dalam kerangka dominasi kuasa
Berita dari gunung said...