Wednesday, August 20, 2008

Permatang Pauh 6: Bila Anwar merobek projek mega.

beritadarigunung

Bukan kali pertama Anwar merobek projek Mega. Kali pertama Anwar berbuat demikian ialah waktu beliau berperang dengan Tun Mahathir sejurus lepas beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sedangkan menurut Ezam, waktu Anwar masih TPM dan Menteri Kewangan, sebanyak 15 kontraktor wibawa diberi projek bernilai RM1 bilion setiap satu. Kesemuanya adalah kroni Anwar. (Mana ada orang beri pada musuh)

Menurut Ezam, Anwar bercakap dua bahasa satu waktu beliau ditampuk kuasa dan satu lagi waktu beliau tidak berkuasa. Seorang penulis memberi pandangan, Anwar ada dua imej iaitu, conquering and vulnerable ketika beliau bersembunyi di Embassy of Turkey baru-baru ini,

"Saya akan batalkan projek mega yang hanya menguntungkan sebilangan kecil" Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat dilaporkan berkata dengan tepukan bergemuruh dari 100 penyokong. Projek mega yang dimaksudkan ialah RM1.5 bilion Jalur lebar kelajuan tinggi, trek berkembar dan kabel dalam laut.

Saya berpendapat Anwar hanya melihat keuntungan projek mega dari kacamata ahli politik yang rakus. Orang yang berpandangan jauh akan tumpukan perhatian kepada kesan projek berkenaan dan bukannya siapa yang dapat projek dan siapa dapat 10 peratus. Pengulas politik suatu masa dulu sering mengaitkan fenomena 10 peratus dengan Ibrahim Saad, anak didik Anwar sendiri.

Anwar dilihat sebagai memudahkan konsep kesejahteraan negara. Dengan menyifatkan projek berkenaan sebagai tidak berfaedah kepada rakyat, nampaknya hujah beliau hampir sama dengan menuduh projek KLIA dan Putrajaya sebagai mega dan tidak berfaedah selepas beliau dipecat dahulu.

Tanpa memberi huraian mendalam beliau berkata kerajaan perlu membela kebajikan rakyat terlebih dahulu.

Rakyat sering terkeliru dengan pemimpin terutama saat mereka sesama menghentam sedangkan esuknya mereka minum teh semeja di kantin Dewan Rakyat dengan ketawa berdekah-dekah. Ramai hanya berucap untuk mengoda pengikut.

Pemikiran seperti ini adalah sama dengan pemikiran pemimpin Pas waktu berjaya merampas Terengganu. Kebajikan bagi mereka ialah mengagihkan wang seratus ringgit seorang. Kerajaan yang berjaya bukanlah kerajaan yang hanya melihat senyuman setiap hari tanpa memikirkan esuk dan lusa.

Walaubagaimanapun berapa ramai yang berminat untuk menghuraikan pentingnya projek bersifat mega di negara ini. People take things for granted. Hakikatnya rakyat menerima faedah dari projek raksasa sejak empangan Temenggur lagi. Hari ini Anwar boleh berulang alik minum teh dengan Lim Guan Eng kerana ada Jambatan Pulau Pinang. Dulu, bukan sedikit bising pembangkang. Begitu juga dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Akhirnya, isu bagi pemimpin ialah quantum keuntungan untuk poket disebalik projek mega. Rakyat tidak ada pemimpin sehebat Tun Mahathir untuk merencana kemajuan negara dan sudi pula menghuraikan kepentingan tiap-tiap satunya supaya orang faham.

Yang tidak sudi faham ialah mereka yang tidak peroleh secebis kek yang telah dipotong dan terhidang. Untuk Anwar, pisau lipat bermata enam yang dimilikinya pernah memotong kek yang besar itu dan beliau telah makan sehingga terlebih kenyang. Seolah Ezam bercakap kosong.....

beritadarigunung

rujuk post terdahulu.

Permatang Pauh 5: To seduce is to lure
Permatang Pauh 4: Seducing in surrender
Permatang Pauh 3: Seducing with the end in mind.
Permatang Pauh 2: Seduction at its best, death be...
Permatang Pauh 1: Seducing America, think twice.