Thursday, August 28, 2008

Kenapa perlu bising dengan DNA Bill?

beritadarigunung

DNA Bill diletakkan atas fast-track untuk kelulusan dan akan segera diguna. Dari yang dimaklumkan tujuan utama DNA Bill adalah untuk membina dan mengawal Database DNA Kebangsaan and akta ini akan menggariskan prosidur bila DNA boleh diambil, jenis-jenis rekod yang boleh disimpan dan isu-isu kerahsiaan.

Walaupun rakyat jarang ambil kisah dan kurang fasih dengan akta dan undang yang mengawal mereka, disarankan isu DNA Bill hendaklah diberi perhatian serius.

Kerajaan memang setakat ini telah mengawal kewujudan setiap individu dalam negara ini, dengan perlunya Kad Pengenalan dimana databank cap jari telah diwujudkan. Sementara itu, Semua perlu mendaftar dengan maklumat diri yang lengkap untuk menggunakan perkhidmatan telekomunikasi. Difahamkan perbualan dan perhubungan melalui telekomunikasi disimpan dan boleh di semak jika perlu.

Tidak ada apa yang rahsia tinggal dinegara ini. Tetapi apa yang perlu ditakutkan. Adalah kurang wajar untuk mengesyaki tipu muslihat pihak kerajaan dalam kes-kes mahkamah seperti kes Saiful - Anwar.

Ada beberapa artikel menarik dalam Malaysiakini mengenai isu DNA Bill; DNA bill: 'They treat us like lab mice', Controversial bill gets second pounding, dan juga dari akhbar tempatan ; BN MPs all for DNA Bill Sun2Surf, Malaysia , 27-08-2008: Opposition condemns DNA bill but Syed Hamid confident ... The Edge Daily, Malaysia , DEWAN DISPATCHES: Syed Hamid’s DNA Bill defence diverts attention ... New Straits Times, Malaysia

Rakyat Malaysia sudah biasa dengan kewujudan Kad Pengenalan, menambah satu keperluan identifikasi lagi bukanlah sesuatu yang menakutkan.


beritadarigunung