BERITADARIGUNUNG
Dalam mana-mana negara yang ada Perdana Menteri, hanya ada seorang saja Perdana Menteri pada satu-satu masa. Buat masa ini Perdana Menteri Malaysia adalah Abdullah Badawi.
Untuk Anwar menjawat jawatan Perdana Menteri, peluang tetap ada ramai berkata beliau ada dua kaedah.
Pertama adalah dengan menumbangkan Kerajaan dengan mengumpan sejumlah 40 Ahli Parlimen keluar dari Barisan Nasional.
Kedua dengan menunggu PRU13, dengan harapan momentum sentimen rakyat menolak BN dan Abdullah berkekalan
Dengan kes Rasuah ke atas 2 ADUN PKR negeri Perak menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita hanya boleh membayangkan rasa gentar Ahli Parlimen yang sudah termakan umpan. Jika MP berkenaan macam harimau di zoo, mereka akan segera meninggalkan bontot ayam dalam plastic biru muda, sebaik sahaja dihulur Paha dan Bontot kijang atas dulang biru tua. Setiap gerak geri harimau dalam kandang, boleh dilihat dengan jelas.
Anwar juga seperti dalam kandang. Setiap geri beliau berada dalam pengetahuan umum. Gerak geri beliau yang sulit, belakang pintu dan belakang tabir, hanya ada dalam rekod dan catatan orang tertentu sahaja. Itulah sebabnya Sdr Nalakurapan telah menyebut bagaimana wang hasil judi sebanyak RM60 juta telah dibersihkan oleh Anwar Ibrahim (waktu itu Timbalan Perdana Menteri). Itu jugalah sebabnya sembang dikopitiam ada menyebut suatu masa dahulu, ada Timbalan Perdana Menteri tidak lagi berpegang pada halal haram, waktu turun dari kapalterbang bertelanjang bulat dengan hanya dibaluti wang kertas bernilai RM500 juta
Saiful Bukhari Azlan telah memaklumkan tentang perjumpaan sulit antara Anwar dengan Ahli Parlimen untuk membakar semangat lompat parti. Selain itu, Saiful juga ingat perjumpaan sulit beliau dengan Anwar di Hongkong dan condo mewah di ibu kota.
Difahamkan juga, pihak-pihak tertentu diluar Negara ada maklumat sulit tentang Anwar. Ramai mengesyaki Anwar hanyalah layang-layang yang terbang dengan ekur berjurai-jurai disini, manakala pangkal tali dipasak dibumi US.
Belum pernah dalam sejarah Negara terdapat ahli politik dari pihak pembangkang yang bersungguh-sungguh mahu jadi Perdana Menteri. Bukan sekali Anwar menyebut 16 September 2008 sebagai tarikh keramat. Anwar suka menulis diary untuk hari-hari yang belum tiba.
Yang terpukau dengan Anwar, sering berkerumun watak lelaki dengan hailer. Yang kritis terhadap beliau tidak boleh lupa perihal Orang Melayu mati kebulur di Baling seolah-olah Baling adalah padang pasir tanpa air dan tumbuhan. Seolah Baling adalah ibukota, di mana orang tidak peduli jiran lagi.
Bila Anwar menyebut beliau naik Mercedes bapanya, ramai mengulum senyum mengiakan Anwar memanglah miskin tiada wang.
Jika Abdullah dilihat lemah dan tidak pandai, Anwar pula kelihatan kuat dan pandai bercakap. Tetapi kedua-duanya tidak boleh diharap. Titah Raja Nazrin mengenai kepimpinan wajar dirujuk untuk melihat dua watak dari pulau Pinang dalam perspektif Kenegaraan.
beritadarigunung