Wednesday, August 27, 2008

Wajarkah Abdullah berundur?

Blogger Berita dari gunung said...

Abdullah disaran melihat kedudukan beliau secara total. Agak bahaya jika beliau beliau melihat secara compartmental.

Abdullah adalah ketua bahagian UMNO Kepala Batas Pulau Pinang, Presiden UMNO, Perdana Menteri dan memegang jawatan menteri tertentu disamping beliau juga seorang Bapa, Isteri serta cucu cicit kepada orang lain.

Jika Abdullah terus menerus melihat kedudukan beliau secara compartmental, beliau tidak akan rasa tergugat langsung.

Beliau akan terus jadi Perdana Menteri kerana belum ada undi tidak percaya dibawa secara serius.

Beliau juga akan terus jadi Presiden kerana saingannya belum cukup pencalonan.

Beliau akan terus jadi bapa dan mertua kepada anak menantu. Sebarang permintaan anak menantu akan tetap dilayan.

Kita hanya berharap beliau segera sedar, dan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Kawasan sempadan dengan Kepala Batas pun dah tumbang dengan majoriti yang lebih besar. Kawasan yang beliau wakili pun jauh merosot majoritinya.

Menantu beliau sendiri pun hampir tumbang dalam kawasan yang paling selamat dalam Malaysia.

Memang sukar untuk Abdullah menerima hakikat bahawa faktor beliaulah merupakan faktor utama makin ramai orang lari dari BN. Kelesaan jawatan dan kuasa bukan mudah untuk dilepas.

Kalau itu hasrat rakyat, wajarlah beliau tinggalkan kuasa yang menghantui beliau kini.

Mengharapkan beliau diterjah dari kepimpinan UMNO, jauh api dari semanggang. UMNO akan menggigit jari akhirnya nanti.

"Ethos" konsultan yang dihumban berlonggok wang, tentu tahu apa itu KPI. Sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri, kpi Abdullah jauh tersasar, dan langsung tidak boleh diterjemahkan dengan peningkatan sokongan atau undi rakyat. Rakyat makin jauh melarikan diri dari pemimpin mereka sendiri.

Apa salah, tinggalkan kuasa yang tak terpikul. Mengejar yang Abadi bukan semestinya dengan terus berpaut dengan tiang yang berkerutu. Alang-alang badan, bercalar dan berdarah badan. Kain baju pun boleh terlondeh.

Semua tahu meletak jawatan adalah sukar. Kita cuma perlu ambil iktibar dari penagih dadah. Memang susah. Islam Hadhari mahukan pemimpin yang berkesan untuk negara dan rakyat jelata.

Malang sekali, Abdullah bukanlah pemimpin yang berkesan.

Dan kita yakin, rakyat tidak akan mencerca dan memalukan Abdullah kalau beliau berundur. Rakyat jauh lebih faham.

2:11 PM


sila klik posting asal Dato Ruhanie dalam kudakepang : TIBA SAATNYA ABDULLAH BERUNDUR SERTA-MERTA