Saturday, August 16, 2008

Penderhaka, Anwar, Dr Mohamad Osman,Balasubramaniam,Zaid BERSEMBUNYI.

beritadarigunung

Dalam nada puitis, rembulan sembunyi dibalik awan adalah halwa telinga. Malang sekali untuk tahun 2008 ini, Malaysia tidak ada masa untuk puisi. Keadaan negara jadi sedikit kelamkabut untuk sesiapa bersantai, terlentuk dan melayan hati dengan puisi. Terpaksalah rakyat jadi pemerhati kepada insiden-insiden yang berat, mendebarkan, dan pada masa yang sama dipaksa memikul tanggungjawab ke atas kenaikan harga minyak. Ini adalah realiti.

Ketika Abdullah membuka negara ini dengan "keterbukaannya", ada pula yang lari lintang pukang bersembunyi. Sebahagian dari cerita bersembunyi kekal sebagai cerita, selebihnya adalah real dan jadi berita.

1. Lebihkurang 60,000 rakyat terengganu menunggu dari pintu masuk bangunan lapangan terbang sehingga ke kem Askar Melayu Di Raja Seberang Takir,
bagi menunjukkan sokongan kepada Yang DiPertuan Agong dalam kes penderhakaan UMNO terhadap Sultan Terengganu selepas PRU12. Dalam krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu, rakyat keluar beramai-ramai menyatakan sokongan dan taat setia kepada Raja mereka. Berkumandanglah laungan "Daulat Tuanku" di Terengganu. Sementara itu Idris Jusoh dan Rasool (yang dianggap oleh sesetengah pemerhati sebagai Penderhaka) tidak kelihatan dan dikatakan bersembunyi atau menghilangkan diri.

2.
Pada 28 Jun baru-baru ini, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mengatakan Dato Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, telah meliwatnya beberapa kali. Anwar yang menghadapi tuduhan liwat kali kedua dalam karier politiknya dikatakan mendapat perlindungan di Kedutaan Besar Turki, di ibu kota. Keesukannya Presiden PKR, Datin Seri Azizah berkata suaminya terpaksa "bersembunyi" setelah menerima ugutan seminggu lepas.

Azizah juga berkata beliau berunding dengan peguamnya mengenai keperluan mendapatkan suaka politik untuk Anwar.


3. Raja Petra Kamarudin pula telah memaparkan laporan perubatan oleh Dr Mohamad Osman Abdul Hamid daripada Hospital Puspawari, dalam laman siber. Pendedahan tersebut mendapat reaksi pelbagai dari lapisan masyarakat Malaysia. Dimaklumkan bahawa Saiful telah terlebih dahulu berjumpa dengan Dr Mohamad Osman sebelum ke Hospital Kuala Lumpur berkaitan dengan aduan liwat. Kini dimaklumkan Doktor berkenaan telah menghilangkan diri bersama ahli keluarganya. Ada pula yang berkata mereka bersembunyi.


4. Parti Keadilan Rakyat menolak kabar angin Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim yang menyertai demonstrasi membantah forum umum Majlis Peguam, sengaja diarah menghilangkan diri bagi mengelak beliau menjadi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ada laporan mengatakan Zulkifli bersembunyi dan berada dalam keadaan selamat bersama orang yang dikenali dan beliau sihat.

Dalam kemelut aftermath forum itu, Zaid dinanti-nanti untuk muncul dan memberi komen kerana majlis peguam adalah dalam bidang portfolio beliau. beliau juga dikatakan bersembunyi dan mengunci mulut. Keadaan itu ketara berbeza dengan langkah "membersihkan" Tun Abbas Saleh sebelumnya.


5. Datuk Bakri Zinin pula telah memaklumkan Interpol dan negara-negara jiran berkaitan kehilangan Balasubramaniam. Tidak berapa lama selepas itu, polis mengesahkan Bala sudah dikesan bersembunyi disebuah negara dan berada dalam keadaan selamat. Bala telah menggemparkan Malaysia bila mengemukakan 2 Pernyataan Bersumpah yang kontradiktori berturut hari.

6. Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang tidak lagi bersembunyi bila menegaskan akan keluar Pakatan Rakyat jika Islam dipinggirkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal ditubuhkan pada 16hb September ini. Sinar Harian pula melaporkan PAS mahu Dato Seri Abdul Hadi Awang jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat merampas kerajaan dari Barisan Nasional.