Thursday, August 14, 2008

Isu Bangsa dan Agama sedang menggelegak.

Ada dua insiden baru-baru ini, dibimbangi mampu menjadikan isu Bangsa dan Agama panas menggelegak.

Pertama:
Apabila forum umum Bar Council dipaksa berhenti pada 9 Ogos lalu. Difahamkan antara isu yang dibincangkan ialah pertindihan kuasa antara Mahkamah dan Mahkamah Syariah. Hampir 1000 orang berkumpul diluar bangunan bar council membantah forum berkenaan.

Kedua:
Apabila Khalid, dipercayai bercakap bagi pihak Anwar Ibrahim, mengocak isu sensitif dengan memberi saranan Uitm dibuka juga kepada bukan bumiputra dan warga asing sekurang-kurangnya dengan kadar 10 peratus.

Kedua-dua insiden berlaku berturut-turut menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ketegangan bangsa dan agama di negara ini dijangka boleh meningkat jika tidak diurus dengan teliti dan berhati-hati. Kedua-dua Abdullah dan Anwar inginkan kemenangan parti masing-masing, bagi mengukuhkan kedudukan mereka. Ramai percaya, yang kalah akan berundur, baik Anwar, baik Abdullah. Kawasan parlimen Kepala Batas dan Permatang Pauh adalah bersempadan.