Wednesday, August 06, 2008

Liwat, isu dan kepentingan.

BERITADARIGUNUNG

Akhbar kerap memaparkan berita rogol dan liwat, selain sekali sekala berita kehilangan kanak-kanak. Ada yang kena penjara dan sebat. Ada juga yang lepas sebab teknikal. Mangsa rogol dan liwat sebenarnya jarang dibela. Mahkamah tidak adil dari sudut itu. Keghairahan mendakwa dan menghukum, bukan keadilan yang saksama, dan sering mangsa dibiar terkapai dan dibiar sendiri. Semua membiar MASA yang menyembuh.

Mangsa dipaksa tanpa rela. Maruah mangsa dicemar. Masyarakat awalnya memandang serong terhadap mangsa rogol dan liwat. Masyarakat hanya turun bersimpati bila mangsa dikerjakan hingga lunyai, dibakar, disembelih atau dihumban ke sungai.

Jika mangsa masih cergas, masih ceria, masih mahu hidup, masih mahu menerpa kedepan menuntut keadilan, sering, masyarakat memandang serong.

Masyarakat hanya mahu bersimpati bila semuanya hancur, supaya mereka boleh menangis tersedu sedan. Masyarakat yang seriang menangis dan meratap adalah masyarakat yang tidak ideal.

Terkini ialah pendedahan sensasi dari Saiful Bukhari Azlan. Anwar Ibrahim dituduh meliwat. Ramai cepat menuduh Saiful yang bukan-bukan. Ramai yang tidak percaya Anwar adalah peliwat. Yang tidak percaya Anwar adalah peliwat, sering terbayang perjuangannya, wajahnya, keluarganya, dan karismanya.

Sekadar untuk mengingat semua, wajah perogol dan peliwat bukan semestinya berupa ganas dan berparut-parut. Perogol dan peliwat bukan semestinya dari kategori penganggur dan penagih dadah. Perogol dan peliwat bukan semestinya orang tidak pandai.

Kononnya perogol dan peliwat yang ketagih, mempunyai jalur hitam dalam minda dan DNA. Anda selingkap minda dan DNA, pasti akan jumpa.

Kononnya juga, perogol dan peliwat adalah mereka yang pandai berpura-pura hingga tidak ada siapa yang sangsi dan ragu. Dalam dunia ini, ramai orang pandai berpura-pura. Dalam "art of war" ada deception. Anwar memang mahir dengan art of war yang dianutinya. Hanya perogol dan peliwat saja yang tahu. Mangsa rogol dan liwat pula sering terpedaya dan sangat faham maksud rela dalam paksa.

Kita mampu beri simpati kepada Canny Ong dan membenci Ahmad Najib 5 tahun lalu. Ramai tidak rela rasa kesian pada Saiful dan ramai yang menyanjung Anwar. Malang sekali kerana Saiful masih sihat cergas ceria dan sedia bersumpah dan sedia ke Mahkamah. Malang juga kerana Canny Ong tidak dapat bersuara dan membela bila bila terbakar hangus dan dihumban dalam longkang.

Sering Neraca yang kita pegang, berkait dengan persepsi. Ahmad Najib tidak mampu memadam persepsi negatif yang dilempar. Anwar pula seperti biasa, sejak orang Melayu Baling mati kebuluran hingga sekarang terus menerus di beri kepercayaan dan tubuhnya bercahaya dengan persepsi positif. Ramai yang tersilau tapi ramai juga tahu bahawa yang zahir bukan sama dengan yang batin.


Kita serah saja pada Mahkamah kerana di sana ada Hakim yang bijaksana, Dalam era Abdullah Badawi, ramai orang puji sistem kehakiman negara yang lebih adil dan terbuka penuh dengan integriti. Karpal Singh yang kritikal masih mahu memuji dari atas kerusi roda. Anwar pula sering memuji kerajaan Malaysia dan badan kehakiman era Abdullah. Tetapi Anwar sering mencemuh Najib, Musa Hassan dan Gani Patail.

Kalaulah Tan Sri Eusoffe Abdoolcader masih ada, tentu beliau mampu melimpahkan cahaya, kerana hujahnya sering tajam dan bernas.


Terima kasih.