Setengah dari kita sangat selesa memberi komen tentang kes liwat atau rogol. Seolah kita faham trauma liwat dan rogol. Seolah kita juga mengerti betapa setengah perogol jadikan insiden itu bersiri.
Bila Anwar rasa perlu menjaja kes liwat setiap kali mencapai microfon, saya sekadar menjangka bahawa Anwar amat selesa sekali menyebut "liwat", berhujah tentang "liwat". Lantas beliau menjadikan "liwat" isu politik agong.
Ada orang mengkaji kebenaran kata-kata Anwar dengan menyemak daftar orang mati di Baling sebab kebuluran, dan ada juga nanti orang menguji kebenaran helah Anwar dengan meneliti kes Liwat.
Yang bersungguh-sungguh berkata dan berhujah adalah mulut. Yang meliwat bukan mulut tetapi peliwat. Sama ada benarkah orang Melayu Baling mati kebuluran dan samada bangsat meliwat, Anwar tidak ada kredibiliti untuk berhujah malah berdalih.
Kita hanya ada mahkamah untuk menentu apa benar atau tidaknya. Mahkamah Anwar dengan pentas, hailer dan microfon adalah mainan politik sahaja, yang rakyat sedia maklum sejak pertama kali "orang Melayu mati kebuluran di Baling" Kedah berpuluh-puluh tahun dulu.
Pembancuh kopi, peniaga, pelajar, ibu, bapa, datuk, nenek, apek, dan orang gila juga, mahu tahu yang sebenar, tapi bukan dalam Mahkamah Pentas dan Hailer. Kita masih ada Mahkamah.
Bila penumbuk (bekas IGP) dijatuh hukum, ramai orang suka, bila peliwat mahu didakwa, ada orang tidak suka.
Orang Melayu, Siam, China dan India Baling pun mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mari kita berhimpun di Mahkamah ibukota bukan Mahkamah Ceruk Tok Kun.
August 3, 2008 2:49 PM
Permatang Pauh adalah tempat kelahiran Anwar dan wajar sekali beliau bertanding di situ.
Bertanding dengan Anwar baik atas pentas baik dengan peti undi, beliau tiada tandingan. Ezam bukan lawannya.
Anwar harus bersaing dengan Abdullah Ahmad Badawi, seperti peringatan Tuanku Jaafar, tentang bahaya seorang yang berusaha mengekal kuasa dan seorang lagi yang gigih mengejar kuasa.
Ini bukan berita baik untuk Malaysia.
9:07 AM