Berita dari gunung said...
Untuk Muhyiddin lebih bersuara selepas PRU12, ia amat sesuai dan selari dengan citarasa kepimpinan.
Kepimpinan Abdullah adalah kepimpinan yang agak lompong. Itulah sebabnya kekosongan itu diisi dengan pelbagai suara dan arah. Rakyat melihat sebagai ketidaktentuan. Tun Mahathir melabelkannya "Flip-flop".
Tidak salah untuk sesiapa jua bersuara. Dalam senario lompong dan kosong itu (jua flip flop), Abdullah disebut demokratik. Ada sedikit unsur liberalisma (ala Musa Hitam) dicelah-celahnya.
Demokratik adalah dalih mudah untuk kelemahan memimpin dan menentu arah.Eluk Muhyiddin tinggi bersuara dari terus membiarkan Khairy, Mahdzir Khalid, Shahrir, Anwar dan yang lain-lain membuka mulut. Mereka menyebut apa-apa secara noncommittal. Dengan mereka ini, secara tidak sedar kita hilang banyak dari yang kita dapat.
PRU12 adalah kenyataan mutlak kepada kehilangan itu. Kehilangan wujud secara incremental tanpa disedari. Demokratik dan liberal yang makin kuat dipegang ini bukanlah mujarab untuk negara kita.
Jika Muhyiddin mahu bingkas bangun, menawarkan diri, sekurang-kurangnya turut menari sama dengan lagu demokratik dan liberal yang kian kuat dipasang. Kepimpinan Abdullah tentu akan mengalu-alukan percikan kebijaksanaan Muhyiddin.
Kalau boleh dipesan kepada Muhyiddin, saya katakan bahawa Abdullah bukanlah demokratik seperti yang disangkakan. Itulah yang malangnya.
Politik ada topeng, dan sering ditanggal dan ditukar bila babak baru dimulakan. Topeng itu adalah sebahagian dari prop dalam sketsa POLITIK.
3:39 PM
rujuk: kudakepang
Ruhanie Ahmad.