Menteri-Menteri era Abdullah tidak bernasib baik. Anda berdiri dalam kandang yang "terbuka". Anda sangka ada dinding, sebenarnya tiada. Anda ingat anda bersilat dengan baik dalam gelanggang. Gelanggang juga tidak berdinding, ternganga dan "terbuka"
Anda dikelilingi oleh Minister's Boys, yang terkejar dan tercari dengan errands. "The Boys" telah terselak, terjumpa dan terambil. Malangnya dalam dunia "terbuka" semua perilaku "The Boys" terserlah. Orang hanya meneka "The Boys" buat kerja sendiri. Orang juga mahu meneka "The Boys" buat kerja boss mereka.
Gelanggang yang "terbuka" adalah bikinan Abdullah sendiri seperti yang sering diulang-ulangnya. Shahrir lebih dari sekali menyebut betapa sekarang lebih bebas bersuara. Dalam kebebasan itu juga Nazri Aziz bangun nganga memberang. Ada sekali beliau terlupa bahawa peristiwa berang dan celupar itu adalah wawancara "live" dalam TV.
Ada rakan-rakan yang jahat memberi komen bahawa gelanggang kini lebih "terbuka" bukan sebab dikehendaki oleh Abdullah tapi sebab Abdullah tidak tahu bagaimana mahu "Menutup" Gelanggang. Sambungnya lagi, "patutlah semua mulut orang terbuka dan ternganga dan tidak tahu tutup-tutup".
BERITADARIGUNUNG: Pintu patut ditutup pada malam hari dan berkunci.