Thursday, July 10, 2008

Tanggungjawab pemimpin, rakyat dan bloggers

As in the scribe:

Dato,

Setiap seorang dari kita sepatutnya bertanggungjawab mewujudkan rasa kelegaan dan selamat dalam negara ini.

Bloggers bukan lahir untuk tujuan itu semata-mata. Sebaliknya pemimpin, apatah lagi yang terpilih dari proses pilihanraya, secara mutlak bertanggungjawab untuk mewujudkan dan memelihara rasa kelegaan dan selamat itu.

Tetapi rasa kelegaan dan selamat ini bukan sesuatu yang boleh dihitung dengan jari. Ianya lebih bersifat persepsi, dan malah lebih penting ia adalah cumulative sum kepada insiden dan tindakan positif ke arahnya.

Tanggungjawab pemimpin adalah jauh lebih besar dalam soal ini. Rakyat adalah penerima. Pemimpin adalah pemberi

Setakat ini rakyat mula menyesuaikan kehidupan dengan kemelut kenaikan harga. Rakyat tidak ada pilihan dalam soal ini. Rakyat mahu tidak mahu, menerima beban kenaikan harga seolah menjadi tanggungjawab mutlak mereka.

Tetapi soal rasa kelegaan dan selamat dalam negara tercinta ini bukan perkara untuk rakyat umum dokongi. Itu Tanggungjawab mutlak kepimpinan. Ia tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti.

BERITADARIGUNUNG: