Friday, July 04, 2008

Dalam Kemelut Kenaikan Harga, Abdullah masih suka dengan Koridor.

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM6 bilion kepada tiga koridor ekonomi di Semenanjung Malaysia iaitu Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) dan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Perdana Menteri memberitahu, setiap koridor ekonomi akan mendapat tambahan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi menampung kenaikan kos dan melaksanakan projek tambahan.
‘‘Peruntukan tambahan ini berikutan keadaan semasa global yang menyaksikan kenaikan barang-barang pembinaan seperti simen dan besi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

BERITADARIGUNUNG:

Koridor adalah konsep pembangunan yang tidak huraikan kepada rakyat dengan terang dan telus. Dalam kemelut kenaikan harga barang, Abdullah menyebut tentang 6 billion untuk Koridor seolah wang datang dengan sekali petik jari. We can be so insensitive to people at times. Tun Mahathir juga telah menyentuh tentang Malaysia dalam kandang dunia (MALAYSIA AND A WORLD IN TURMOIL ). Saya ingin meneka siapakah Rasputin dalam dinasti Tsar di Malaysia kini?. Akan lenyapkah Tsar ? Sedarkah Rasputin dengan racun ditangannya?