Berita dari gunung said...
Anwar sudah terlepas dari kesalahan liwat era akhir 90'an, Walaupun dalam judgement ada tanda-tanda kesalahan, tetapi gagal dibuktikan beyond reasonable doubt. Boleh rujuk tulisan Mathias dalam beberapa sumber.
Dulu ada bahan bukti. Sepuluh tahun yang lalu. Pada 2008 sekali lagi ada laporan terhadap Anwar dengan kes serupa. Tentulah sesuai bahan bukti dan pengesahan DNA dari koleksi terkini.
Bila Anwar takut, orang mula membuat pelbagai telahan. Kita pun turut faham kenapa Anwar takut dan mengelak. Saya cenderung untuk mengatakan bahawa Anwar memilih untuk memanjangkan isu ini. Pendekatan politik Anwar mudah dibaca.
Anwar ghairah mengaut publisiti yang maksima, dan publisiti itu dibiarkan terapung lama. Keengganan beliau wajar juga dilihat dari sudut itu.
Sandiwara Anwar seperti sudah-sudah adalah babak-babak yang panjang. Kali ini kita yakin tidak ada lagi insiden lebam mata untuk Anwar berpaut. Tetapi mulut Anwar kini selancang dulu juga, seolah beliau mahu menguji sekali lagi ketepatan petua lama
"Kerana pulut santan binasa",
"Kerana mulut badan binasa"
rujuk : kudakepang