Sunday, July 06, 2008

Tak tanya kenapa ANWAR kena belasah?


Kini ada orang jadi gila.... dan semakin gila ...
.
.
Kita ingin turun bersimpati bila rakyat tertindas, dibelasah dan diketuk-ketuk. Sering boleh dikaitkan puncanya, kenapa harus jadi begitu.
.
Mengawal crowd besar yang menunjukkan keganasan, lebih baik dan wajar seorang dua kena belasah. Kita lupakan hal sorang dua itu, kerana kepentingan dan keselamatan majoriti wajar jadi prioriti.
.
Bila Anwar dengan mata lebam dijadikan poster macam poster wayang Hindustan, soalan penting dan beberapa peringatan eluk dan sesuai diketengahkan.
.
Kenapa Anwar kena belasah?
.
Hanya Anwar dan Bekas IGP saja yang tahu. Anwar mungkin lupa tentang petua orang tua Melayu, kerana kini PKR bukan lagi menjana identiti Melayu.
.
Kerana Pulut Santan Binasa
Kerana Mulut Badan Binasa.
.
Jangan kita terkeliru dengan kesalahan belasah orang. Orang tua dulu-dulu, bila tenguk anak dengan mata lebam, belum tentu dia urut, belai dan tanya baik-baik sapa yang tumbuk...... Sering, sianak kena piat dulu.... "Sebab apa kamu bergaduh?" ... itu ayatnya!!
.
Kenapa Anwar kena tumbuk?.
.
BERITADARIGUNUNG: Kalau kita waktu membesar dulu, hal orang kena belasah memang jadi cerita sensasi. Sudahnya ada yang akan kata "Memang patut pun ...., aku pun dah lama geram" . Kalau teruk kena belasah, darah merah adalah real dan pekat , bukan seperti Tinta Merah MSO.
.
Itu bahayanya hidup ahli politik. Sesama ahli politik, mereka bebas kata macam-macam. Contohnya episod Karpal dengan Ibrahim dalam parlimen. Kalau dengan orang awam di stesen bas, belum tentu Karpal dapat merangkak semula ke kerusi rodanya. Anwar juga tidak terkecuali.
.
Bermain dengan orang awam, peraturannya adalah real dan bersifat sejagat.