Hal Bersumpah.
Masakan kita lupa perihal SiTenggang. Disumpah ibu kerana Tenggang lupa asal usulnya, malah lebih dari itu, Tenggang derhaka pada ibu sendiri.
Sumpah ibu Tenggang membawa makna yang sedikit berbeza dengan sumpah yang disebut oleh pemimpin politik.
Politik negara kita diwarnai dengan janji dan sumpah. Anwar juga tidak terkecuali. Politik Anwar adalah janji, sumpah dan publisiti.
Apapun saya memilih makna "sumpah" zaman kita kecil. Sumpah disebut secara spontan dan tetap membawa pengertian yang mendalam. Tentu kita ingat ayat-ayat seperti ini:-
"Sumpah, aku tenguk sendiri"
"Sumpah, aku nampak Din jalan dengan Kate"
"Sumpah, aku tak ambik"
Ada masanya, dalam suasana yang ringan, ada di antara kita mungkin pernah menyebut "Aku sumpah kau jadi batu" diikuti dengan ketawa terbahak-bahak.
Sumpah adalah alat untuk membina keyakinan dalam perspektif anak-anak. Untuk orang dewasa, sumpah tentulah dengan erti yang berbeza.
Anwar juga amat pemurah dengan memaafkan Saiful di stadium depan ribuan manusia, dan pada masa yang sama Anwar juga melapor di Syaria Court.
Hidup ini adalah gembira, makmur, malang, kecewa dan sedih. Kita juga sebenarnya terus hidup atas ikhsan orang lain.
Boleh juga rujuk catatan ini: Susupan Petang MSO
BERITADARIGUNUNG: Tinta merah tidak semerah DARAH.