Saturday, July 12, 2008

Tali penamat untuk Abdullah, Tali pengikat untuk Najib.

Dato Ron, harap sihat selalu.

Dulu, Tun tanpa amaran awal, mengumumkan pengunduran serta merta dari kepimpinan negara dalam Dewan Perhimpunan UMNO. Dewan terpaku dan bukan sedikit yang menangis.

Abdullah pula pada waktu selepas sedikit reda, menjerit sekuat-kuat hati "Kami minta Presiden tarik balik!".

Selepas itu Tun berundur beransur-ansur.

Kini tiba giliran Abdullah pula. Tidak ada yang menangis. Tidak ada yang terkinja-kinja minta Abdullah jangan undur.

Bila pengumuman dibuat sebelum Pemilihan Umno, ramai menjangka ia hanyalah untuk memastikan setiap cawangan dan bahagian mencalonkan tokoh dermawan yang sudi melepaskan takhta emas pada timbalannya dalam tempuh 700 hari dari sekarang.

Tali penamat masih jauh di depan. Kes Razak Baginda juga belum tiba kepenghujungnya. Rakyat juga tahu BPR menyiasat Musa Hassan dan Gani Patail. RPK dan Balasubramaniam turut menambah warna pelangi politik. Anwar pula masih mengejar Publisiti. Rakyat tetap patriotik memikul beban inflasi.

Kita belum nampak tali pita untuk Abdullah tunduk mendada dan menumbuk angin tanda tamatnya perlumbaan. Tapi kita seakan-akan nampak tali yang mengikat kaki Najib dari bebas kemana-mana.

Masakan rakyat tidak tahu.

Terima kasih.

untuk Ruhanie Ahmad, Kuda Kepang.

BERITADARIGUNUNG