Tuesday, July 01, 2008

"Nota terperap" tentang Anwar Ibrahim

Kalaulah betul Najib sebagai perancang konspirasi ini, Najib bukan timbalan yang lembik, malah wajar kita salute kerana beliau mampu menggerak dan menggayakan perancangan ini.

Apapun orang kata tentang Anwar, ramai masih melihat beliau sebagai manusia yang tinggi "nafsunya". Nafsu keranjang tidak ramai yang tahu, manusia terpilih saja. Tetapi nafsu KUASAnya melampau dan melimpah-limpah.

Tanya saja mereka yang tahu, dan tanya juga jutaan ringgit yang kekal menjadi saksi dulu dan kini. Tanya juga "gambit" dan "deception" dalam catur politik Anwar.

Bila Anwar sering merujuk "kerajaan BN" sebagai "rejim BN", dan menuduh setiap insiden yang tidak meihak beliau sebagai konspirasi, saya leka melayan persepsi bahawa Anwar adalah keras dan rela berjahat untuk berbaik.


Saya mungkin salah.

BERITADARIGUNUNG: Saya jemu melihat ulang tayang Lingamgate. Saya masih hairan dengan tabiat mengintip dan niat yang jahat. Saya belum lupa bagaimana setiap kata-kata Mahathir mengulas tentang janggut dan pisau cukur dalam mesyuarat tertutup, disebar merata ceruk. Saya tak berani meneka angkara siapa. Waktu itu Anwar sangat bernafsu KUASAnya.