Mufti Perlis melihat kemelut dan gelagat Anwar sebagaimana jutaan rakyat Malaysia. Semua orang mampu membuat tekaan sendiri. Salah betul, itu bukan isu penting, kerana apa pun yang terjadi hanya Saiful, Anwar dan Allah saja yang tahu. Kita diasak dengan video Lingam berulangkali dalam media perdana. Apa kita sanggup melihat video yang lain pulak?.
Lingam bertalu-talu menyebut Correct... correct .... correct ...., apa terdaya kita mendengar perkataan Koreh ... Koreh .... Koreh berulang-ulang? Khairy sangat faham perkataan itu, sebab dia anak jati negeri sembilan, sebab beliau biasa dengan bendang dan ladang di rembau. Beliau tentu tahu bila kemarau, tanah sawah jadi Koreh.
Tuan,
Tidak mungkin Anwar mahu menyegerakan isu ini tiba ke penamatnya. Anwar gemar lama berlegar dipadang dengan bola sebiji. Anwar mahu menggelecek sepuas-puasnya.
Dengan bersumpah Anwar akan kehilangan modal. Kalau pun Anwar jatuh sakit akibat sumpah, ia sekadar kesan Arsenik (racun tikus?) dalam penjara. Tidak lebih dari itu.
Saya awalnya ingin setuju dengan Anwar bahawa ini semua konspirasi politik. Tapi kini, dengan gelagat Anwar, saya selesa berkata bahawa konspirasi Anwar sedang menggelegak. Anwar bukan manusia yang tahu malu dan ada sopan dan integriti.
Terima kasih.