Bukan hajat saya untuk berkasar bahasa atau celupar. Bontot adalah sebahagian dari anggota tubuh, dan tidak ada apa yang cela tentangnya. Bila mahu duduk, kita letak bontot atas kerusi.
Shahrir adalah wakil penduduk Johor Baru sama ada dengan simbol Neraca atau simbol "kunci atau kepala lembu". Dalam keghairahan berpolitik kadang-kadang untuk dapatkan status nasional kita kerap tenguk bontot orang, tempat orang atau domain orang, sehingga kita terlupa hal sendiri, penduduk sendiri dan kebajikan penduduk yang kita wakili.
Saya suka menyebut SJER sahaja kerana tidak rela nama Raja dikaitkan dengan Koridor yang kabur. Koridor ekonomi tajaan kerajaan sekarang tidak dimaklumkan secara khusus dan nyata kepada rakyat. Ia berlaku sebegitu saja, macam di air lalu, dengan sedikit punctuation dari Perdana Menteri yang berkata "ini idea saya". Ramai sangsi dengan SJER dari sudut kedaulatan negara. Ramai juga sangsi tentang faedah SJER kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Johor. Dato Ruhanie Ahmad dalam kudakepang tidak serik-serik berjuang melahirkan kebimbangan mengenai SJER.
Agak lewat untuk Shahrir menyedari malapetaka disebalik SJER, tetapi bila ditimbulkan waktu ini, ada yang ingin bertanya samada Shahrir jujur dengan tulus ikhlas atau Shahrir terjumpa isu menarik menjelang pemilihan UMNO. Shahrir hanya perlu duduk atas bontot sendiri dikerusi dan tenguk sekeliling dan bertanya diri sendiri. Shahrir juga ada Musa Hitam (Gabenor SJER) (click) untuk bertanya. Tetapi malang sekali Musa Hitam kadangkala bersikap "detached" seperti mana lewanya sikap beliau tentang ribut di Memali (click). Jadi Shahrir perlu tanya Perdana Menteri, kerana SJER adalah idea beliau sendiri (click) , seperti yang rakyat Malaysia tonton dalam TV.
Shahrir, buatlah apa yang patut...
foto: kutipan dari http://umnojb.com.my/pilihanraya/
Shahrir terkilan Iskandar Malaysia pinggir peniaga tempatan
JOHOR BAHRU 3 Ogos – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad melahirkan rasa terkilan terhadap projek pembangunan Iskandar Malaysia yang didakwanya masih tidak memberi keutamaan kepada penduduk bandar raya ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menegaskan, Iskandar Malaysia sehingga kini tidak menampakkan impak secara langsung kepada rakyat tempatan khususnya peniaga-peniaga kecil di kawasan pembangunan baru seluas 2,217 kilometer persegi di selatan Johor itu.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan masyarakat tempatan dan peniaga tidak menerima dengan baik program pembangunan tersebut.“Kalau masyarakat tempatan dan peniaga di Iskandar Malaysia tidak merasakan ia satu konsep yang membantu mereka, pembangunan itu tidak dapat membawa kejayaan.
"Dan kalau berjaya pula, ia bukan milik kita,” katanya yang mencadangkan diwujudkan konsep pemilikan bersama di kalangan penduduk tempatan di wilayah Iskandar Malaysia.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis dialog bersama Persatuan Peniaga dan Penyewa Terminal Awam Larkin di sini malam tadi.
Shahrir berjanji akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) bagi memperjuangkan nasib penduduk Johor Bahru dan memastikan program pembangunan yang dirancang diterima baik oleh rakyat serta mencapai matlamatnya.Terdahulu dalam ucapannya, beliau meluahkan kekecewaan kerana pembangunan di Iskandar Malaysia masih tidak menampakkan faedah kepada golongan peniaga kecil.
Tegasnya, projek pembangunan itu bukan hanya melibatkan pelaburan asing. “Apa yang penting kita perlu ada sokongan daripada penyertaan rakyat Malaysia,” ujarnya.Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kalangan peniaga di Johor Bahru hari ini mendapati rata-rata mereka bersetuju dengan kenyataan Shahrir itu dan menyuarakan kebimbangan projek mega Iskandar Malaysia terlalu mengutamakan pelabur asing sehingga mengetepikan usahawan tempatan.
Menurut seorang usahawan dalam bidang peruncitan, Abu Talib Alias, 45, kerajaan perlu menetapkan dasar yang membolehkan para peniaga tempatan menyertai pembangunan di wilayah itu.“Kita boleh nampak sekarang ini bagaimana kompleks beli-belah tumbuh bagai cendawan di Johor Bahru. Kami bimbang syarikat-syarikat besar itu akhirnya akan menelan peniaga-peniaga kecil terutama orang Melayu,” katanya.
Abu Talib berkata, pelan induk Iskandar Malaysia juga perlu diperincikan sepenuhnya bagi melindungi perniagaan usahawan tempatan dan menggalakkan kerjasama dengan pelabur asing.Seorang lagi peniaga, Awalluden Ahmad, 38, berkata, projek Iskandar Malaysia terlalu tertumpu kepada pelaburan asing dan keadaan tersebut boleh mengakibatkan penduduk bandar raya ini, khususnya para peniaga, berasa tersisih.
“Bagi saya, cukuplah kita kehilangan Batu Putih, takkanlah kita mahu perniagaan anak-anak tempatan pula hilang,” katanya.Bagi seorang lagi peniaga, Johar Ariffin, 52, dengan ekonomi negara yang terjejas akibat kenaikan harga petrol dan diesel, projek pembangunan tersebut sewajarnya menjadi penyelamat dalam memberi peluang kepada para peniaga tempatan.
“Amat menyedihkan, kita belum nampak lagi manfaatnya Iskandar Malaysia kepada para peniaga tempatan. Saya amat berharap penjelasan dapat dibuat segera mengenai hala tuju pembangunan ini,” katanya.Projek Iskandar Malaysia, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER), diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006.
Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi diubah namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lalu.Sehingga kini, jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia mencecah RM33 bilion iaitu kira-kira 70 peratus daripada sasaran RM47 bilion yang ditetapkan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Pelaburan-pelaburan asing itu melibatkan syarikat dari Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Lebanon dalam bidang kewangan, hartanah, pelancongan serta rekreasi.Baca siniShahrir terkilan Iskandar Malaysia pinggir peniaga tempatan
utusan malaysia
Sekarang Shahrir tidak perlu lagi sibuk tentang bontot orang atau domain orang seperti di bawah ini:-