Sunday, April 13, 2008

Mahathir Mohamad di Kajang


foto: jeanbara

Krisis Kepimpinan Melayu Pasca PRU-12,
“Di Mana Silapnya?”
anjuran gabungan cawangan-cawangan UMNO Hulu Langat
di Hotel Oriental Crystal, Kajang.
Sabtu 12 April 2008.

Segera buat peralihan kuasa - Mahathir

KAJANG 12 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan peralihan kuasa daripada pucuk kepimpinan tertinggi dilakukan sekarang tanpa perlu menunggu Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini.

Bekas Perdana Menteri berkata, proses tersebut perlu berjalan segera supaya peralihan yang telah dirancang berjalan lancar.

Katanya, beliau khuatir sekiranya peralihan kepimpinan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO, akan ada kumpulan perwakilan yang mendesak Abdullah untuk meletakkan jawatan di pentas perdebatan.

Jika itu berlaku, jelasnya, sudah tentu imej Abdullah akan tercalar dan sekali gus boleh membuatkan ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya berasa hilang hormat kepadanya.

''Mesej rakyat dan ahli UMNO sekarang ini cukup jelas. Mereka mahu Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) letak jawatan. Oleh itu, kita tidak mahu beliau turun secara paksaan dan antaranya, melalui desakan-desakan perwakilan ketika Perhimpunan Agung nanti.

''Lebih baik beliau menyerahkan jawatan itu kepada Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sekarang dan itulah yang terbaik. Saya percaya selepas berlaku peralihan itu nanti, situasi akan menjadi bertambah baik,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Krisis Kepimpinan Melayu Pasca PRU-12: Di mana Silapnya?' anjuran Gabungan Cawangan-cawangan UMNO Hulu Langat di sini, hari ini. - utusan

Dr M: Umno leadership must change now

KAJANG: The leadership transition in Umno must be done now to ensure that the party is on a solid footing to lead the Barisan Nasional in recapturing states lost to the Opposition in the next general election, says former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad. - the star

Anwar as PM? Only if the Israelis vote him

KAJANG: Only the Israelites will vote Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Well, Haaretz (Israeli newspaper) thinks he is going to be the prime minister. It is the only paper in the world which thinks he is going to be the prime minister... he is the prime minister that the Israelis will vote for," he said at a Malay leadership forum here yesterday.

Dr Mahathir said this in response to a question whether Anwar had any credibility to be elected prime minister. - nst