Sunday, April 06, 2008

Sabotaj punca BN kalah di Perak, Kedah.

PaNg5HuSiN
Site Admin [MKT General Zone Utara]
http://forum.mykmu.net

Saya sangat setuju dengan Pak Lah. Ada orang UMNO sabotaj dari dalam.

1. Ketua yg melakukan kerja sabotaj itu ialah Pak Lah sendiri. Contoh a) Kenapa Pak Lah sabotaj UMNO Sik dengan menghantar Osman Desa bertanding disana. Incumbant yg ada telah bekerja dgn baik dan telah membawa kemenangan kepd UMNO. b) Kenapa DUN Pedu dan Kuala Nerang UMNO menang sebaliknya Parlimen Pdg Terap (Pedu & Kuala Nerang adalah dlm Pdg Terap) kalah. Siapa yg sabotaj? Mahazher Khalid (Mahdzir Khalid) adalah balaci Paklah yg memainkan peranan.

2. Ketua sabotaj juga ... Khairy. Contoh. Kenapa last minit Khairy menyuruh Mahazher Khalid menukar nama Dato Wan kpd Tajudin? Ini kerana Tajudin adalah proxy KJ di Sik. Dan MK sentiasa patuh kepd KJ.

Ini adalah contoh-contoh kerja2 sabotaj yg dilakukan Pak Lah & KJ. Banyak lagi contoh2 yg boleh dibawa. Jadi tak heranlah kalau depa asyik menuduh org lain sabotaj, sebenarnya itu adalah kerja depa sendiri.

Kalau sapa-sapa org Pak Lah yg baca posting ini, tolong sampaikan kpd Pak Lah bahawa tak payah lah dok hantar Osman Desa datang berebut jawatan Ketua Bahagian di Sik. Kami tahu Osman Desa ni org tak pandang pun di Kepala Batas. Jika dia teruskan hasrat dia utk bertanding ketua bahagian Sik, tunggulah kehancuran UMNO Sik. Tak payahlah Pak Lah dan geng berangan-angan nak pulihkan UMNO.

Semua tu cakap bohong. Cakap tak serupa bikin. Cakap lain buat kerja lain.

BERITADARIGUNUNG: saya copy semula nukilan
PaNg5HuSiN (mungkin cara menyebutnya ialah Panglima Husin) dalam forum mykmu.net. Satu dua perkataan saya betulkan, selebihnya dibiarkan seperti asal. Ini adalah contoh rintihan rakyat, tak kiralah ahli umno atau tidak.

Cuma Panglima Husin kita jangkakan sebagai ahli UMNO yang kental dan bersemangat. Beliau melahirkan rasa kekecewaan tentang pemilihan calon-calon yang dianggapnya sebagai sabotaj sekali gus menjawab kenyataan Pak Lah.

Berikut adalah beberapa nama dan tempat yang spesifik dalam nukilan Panglima Husin:-

1. Osman Desa
2. Mahdzir Khalid
3. Parlimen Pdg Terap
4. Pedu & Kuala Nerang

5. Dato Wan
6. Tajudin
7. Pak Lah

8. Sik
9. Kepala Batas