Pulau Pinang -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memburuk-burukkan Malaysia dan pemimpin kerajaan di Singapura.
Sambil menyifatkan perilaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu begitu pelik berbanding ketika beliau berada dalam kerajaan dahulu, Perdana Menteri berkata:
‘‘Saya menganggap sikapnya, caranya sekarang berlainan sangat, dia pandai memburuk-buruk, kata macam-macam sedangkan dia dulu yang mengata terhadap parti pembangkang sampai tidak ada had.
‘‘Sekarang nampaknya dia pun buat perangai macam itu, perangai yang dia tidak suka, sekarang dia melakukannya juga, sampai pergi luar, panggil akhbar dari negara lain untuk mendengar apa yang dia lemparkan (terhadap kerajaan), ini bohong sahaja.” - http://idealismalaysia.blogspot.com/2008/03/perilaku-
anwar-si-pengkhianat-begitu.html