PUTRAJAYA 31 Mac – Permintaan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya diberi lebih banyak wakil dalam Kabinet sebenarnya mewakili suara rakyat Sabah yang menjadi penyumbang terbesar kemenangan parti pemerintah itu sejak 1990-an.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, ia berikutan BN negeri berjaya membuktikan rekod hampir 100 peratus kemenangan pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan terbaru pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.
‘‘Jangan nak cerita nombor sahaja (berapa jawatan menteri Kabinet untuk wakil Sabah)... nanti jumpalah Perdana Menteri dahulu.- utusan malaysia online
IPOH 31 Mac – DAP bersandiwara lagi! Tidak sampai lapan jam selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Buntong, A. Sivasubramaniam mengumumkan menariknya kembali.
Beliau yang menghantar sendiri surat peletakan jawatan ke pejabat-pejabat media pukul 10 pagi ini, muncul sekali lagi pada pukul 6 petang menemui wartawan dan kali ini mengumumkan menarik balik surat peletakan jawatan itu.
‘‘Setelah berbincang dengan Guan Eng, saya bersetuju menarik semula surat itu dan atas semangat parti, saya akan meneruskan khidmat sebagai ADUN Buntong mewakili DAP,” katanya dalam satu sidang akhbar ringkas di Pejabat DAP Perak di sini hari ini.- utusan malaysia online
Tahanan hindraf tidak akan dibebas ikut desakan
KUALA LUMPUR 31 Mac – Kerajaan tidak akan membebaskan lima pemimpin pertubuhan haram Hindraf daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun didesak oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, beliau tidak boleh membuat keputusan mengikut perasaan sendiri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Beliau berkata, sebagai pemimpin parti politik, Samy Vellu ada hak menyuarakan sesuatu yang difikirkannya sesuai untuk diperjuangkan.