Walaupun ramai pemimpin menyuarakan pandangan bahawa kini suara rakyat harus diteliti, namun kesungguhan setengahnya menghalang gesaan supaya Abdullah Badawi berundur amat mengecewakan.
Keadaan ini adalah lumrah. Seseorang mungkin dikritik, tetapi dia akan disokong oleh sebahagian yang lain. Akan ada pengikut setia dimana-mana.
Tetapi isu ini bukan isu biasa atau remeh. Kerana suara rakyat adalah jelas menyebut tentang kelemahan kepimpinan tertinggi UMNO. Suara yang disangka sepi awalnya sebenarnya telah menjadikan peti undi amat panas dan menggelegak.
Sejarah UMNO, telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman Putra alHaj dan Tun Hussein Onn mengundur diri. Pengunduran bukan perkara baru.
Yang terakhir dan masih dalam ingatan semua ialah kesedian Tun Mahathir berundur, yang menyaksikan tangisan beberapa pemimpin. Peristiwa itu juga memperlihatkan tindak-tanduk Abdullah sebagai Timbalan Presiden yang tidak anggun ketika beliau menjerit tidak mahu Tun berundur.
Gelagat Abdullah Badawi ketika-ketikanya menunjukan keadaan yang tidak selesa, dan kita yang memandang pun jadi tidak selesa.
Beberapa peristiwa kurang enak yang boleh saya pamerkan ialah:-
1. Strategi melancarkan SJER. 2. Strategi mengurus harga minyak dan kenaikan harga barang. 3. Strategi menangani kritikan Tun beberapa tahun yang lalu. 4. Strategi melambakan Malaysia dengan Koridor-koridor. 5. Strategi meletakkan ahli keluarga PM dalam persada negara. 6. Strategi membina keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan negara. 7. Strategi menterjemahkan Islam Hadhari, asalnya ialah penerapan konsep, akhirnya jadi liabiliti perbelanjaan berbilion dan Terengganu jadi padang jarak. 8. Strategi mengurus ketelusan dan keterbukaan yang akhirnya membuka pekung dan kelemahan tanpa ubat dan jawapan.
Beberapa tahun lalu adalah tempuh malang untuk Abdullah Badawi. Saya ingin ungkapkan keadaan ini dengan kenyataan bahawa Abdullah sebenarnya "misguided" dalam erti sebenarnya kepimpinan dan kenegaraan. Penasihat Abdullah wajar menyediakan laluan keluar yang selamat untuk beliau.
Terima kasih
1:20 PM
BERITADARIGUNUNG: seperti dalam Kuda Kepang - Ruhanie Ahmad dalam artikel beliau bertajuk Teks Penuh Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah Di Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang.
Dato Ron.
Walaupun ramai pemimpin menyuarakan pandangan bahawa kini suara rakyat harus diteliti, namun kesungguhan setengahnya menghalang gesaan supaya Abdullah Badawi berundur amat mengecewakan.
Keadaan ini adalah lumrah. Seseorang mungkin dikritik, tetapi dia akan disokong oleh sebahagian yang lain. Akan ada pengikut setia dimana-mana.
Tetapi isu ini bukan isu biasa atau remeh. Kerana suara rakyat adalah jelas menyebut tentang kelemahan kepimpinan tertinggi UMNO. Suara yang disangka sepi awalnya sebenarnya telah menjadikan peti undi amat panas dan menggelegak.
Sejarah UMNO, telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman Putra alHaj dan Tun Hussein Onn mengundur diri. Pengunduran bukan perkara baru.
Yang terakhir dan masih dalam ingatan semua ialah kesedian Tun Mahathir berundur, yang menyaksikan tangisan beberapa pemimpin. Peristiwa itu juga memperlihatkan tindak-tanduk Abdullah sebagai Timbalan Presiden yang tidak anggun ketika beliau menjerit tidak mahu Tun berundur.
Gelagat Abdullah Badawi ketika-ketikanya menunjukan keadaan yang tidak selesa, dan kita yang memandang pun jadi tidak selesa.
Beberapa peristiwa kurang enak yang boleh saya pamerkan ialah:-
1. Strategi melancarkan SJER.
2. Strategi mengurus harga minyak dan kenaikan harga barang.
3. Strategi menangani kritikan Tun beberapa tahun yang lalu.
4. Strategi melambakan Malaysia dengan Koridor-koridor.
5. Strategi meletakkan ahli keluarga PM dalam persada negara.
6. Strategi membina keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan negara.
7. Strategi menterjemahkan Islam Hadhari, asalnya ialah penerapan konsep, akhirnya jadi liabiliti perbelanjaan berbilion dan Terengganu jadi padang jarak.
8. Strategi mengurus ketelusan dan keterbukaan yang akhirnya membuka pekung dan kelemahan tanpa ubat dan jawapan.