Saturday, April 05, 2008

Nazri: tempat anda pun mahu dilanggar juga?

Anwar Di Padang Rengas.....

KeADILan...

KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan berceramah di Musolla Paya Ranggam, Padang Rengas, Perak pada 4 Ogos ini.

Ceramah perdana ini bermula pukul 9.30 malam

Turut berceramah adalah Ketua Perhubungan KeADILan Perak, Haji Ismail Yusop dan Naib Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Ahmad Awang.

Pertabalan Silat

Pada hari yang sama Anwar akan menghadiri Program Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Kompleks Yayasan Nahdhoh, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Program bermula pukul 3 petang dimana Anwar akan ditabalkan sebagai Ketua Iman Khalifah Besar Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Jamuan Rakyat

Anwar akan turut menghadiri majlis jamuan rakyat bersama bersama masyarakat cina di Batu Kawan, Pulau Pinang pada pukul 8 malam di hari yang sama.

Penyokong KeADILan dan orang ramai dijemput hadir.

BERITADARIGUNUNG: maklumat lama. tetapi relevan dalam siri kunjungan ke Kati, mencari Nazri Aziz.