Ada kewajaran untuk melihat spektrum ahli UMNO dari yang muda hingga ke yang tua. Adalah menarik untuk dihalusi siapakah mereka ini.
Mungkin sesuatu yang baik jika komposisi perwakilan mencerminkan kepelbagaian ahli-ahli UMNO. Buat masa ini komposisi tidak mencerminkan spektrum ahli.
Oleh yang demikian ada suara-suara yang tidak dapat diketengahkan. Maka akhirnya kekal lah Perhimpunan sebagai wadah untuk berseloka, menghunus keris, dan majlis memuji kepimpinan secara keterlaluan.
Walaupun begitu, demokrasi dalam UMNO ada memberi ruang untuk proses pemilihan menjadi perwakilan. Tetapi proses itu adalah demokrasi yang buta kerana komposisi dan spektrum ahli bukan kriteria.
Tidak salah dalam kita bergerak kedepan, sekali sekala kita lihat semula untuk siapa UMNO itu, dan siapa pula yang kita jangka akan memangkah UMNO/BN setiap PRU.

2:07 PM