oleh Big Dog (http://bigdogdotcom.wordpress.com/)
Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata “Kepimpinan hanya suka mendengar apa yang dia suka dengar “dan “Kepimpinan yang tak mahu dengar cerita yang tak sedap didengar pada telinga dia”.
Keputusan Pilihanraya Umum Ke XII menunjukan UMNO dan BN gagal di 5+1 negeri, merosot di negeri lain dan gagal meletakan Menteri Besar pilihan dalam 2 negeri lain.
Pengundi baru adalah sedikit dan jumlah undi pemindahan dari BN menunjukan rakyat tidak lagi menerima Kepimpinan, termasuk negeri yang secara tradisinya mendukung kuat UMNO seperti Johor. Undi kepada BN di Johor merosot teruk dan undi merosak juga meningkat begitu banyak. “Ini menunjukan bahawa orang Johor memberi protes kepada BN tetapi tidak tergamak untuk mengundi Pembangkang”.
Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri kehilangan negeri sendiri kepada parti chauvinis Cina DAP tetapi masih lagi mendabik dada “Kita mendapat mendapat mandat kuat, hanya 8 kerusi kurang dari 2/3 majoriti”.
“Kalau reti malu, dah malu dah!” ujar Tun Dr. Mahathir dan menerima tepukan gemuruh dan sorakan para hadirin. “Rakyat mengundi Pembangkang bukan kerana mereka mahukan Pembangkang tetapi telah kecewa dengan UMNO dan perkara yang dilakukan oleh Kepimpinan”.
Ahli UMNO didesak untuk berani bangkit dan menyuarakan perasaan mereka dan tidak berharap kepada Kabinet “Yang takut”. Beliau juga mengulangi desakan agar ahli UMNO mengubah Kepimpinan demi kepentingan UMNO dan masa depan Bangsa Melayu, sebagaimana yang dibuat pertama kali di Johor Bahru pada 10 Feb 2007. Contoh yang diberikan ialah bagaimana Pengasas UMNO Dato’ Onn Jaafar, yang begitu besar jasanya dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra, juga berjasa besar pada negara, berundur kerana Kepimpinan mereka tidak lagi relevan dan diyakini orang Melayu.
*Perkembangan dikemaskini 2.15pm
Semasa sessi soal jawab, Mantan Presiden UMNO juga mengariskan bahawa ahli UMNO perlu berani membawa perubahan dan jawatan Kepimpinan itu terbuka, selagi mereka yang kedepan untuk menawarkan diri mesti mampu membawa UMNO ketahap dimana rakyat diyakini dan kembali memberi sokongan.
Untuk menjawab soal dimana laporan The Star menyebut PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyalahkan mantan Perdana Menteri kerana ketirisan Kehakiman, Tun Dr. Mahathir dengan panjang lebar menjelaskan bahawa tindakan untuk memecat beberapa hakim kanan, termasuk Ketua Hakim Negara dilakukan kerana mereka yang diamanahkan memberi tafsiran mengenai Perlembagaan telah didapati salah membuat tafsiran, undang undang dilaksanakan berbeza dan menyebelahi pihak yang mewakili golongan tertentu, dengan objektif dan falsafah kenapa undang undang tertentu dirangka. Beliau juga mengulas bahawa beliau bersedia dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan seorang Mantan Ketua Pengarah BPR dan akan menyediakan artikel yang menjelaskan seluruh episod itu dalam sedikit masa lagi. Beliau juga meminta dokumen ini disiarkan oleh pihak media, sepenuhnya.
Untuk soalan dimana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengeluarkan kenyataan di PWTC pagi tadi mengenai “Tiada kebebasan media semasa Tun Dr. Mahathir”, beliau menjelaskan bahawa tiada sekatan keatas media dikenakan semasa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn mengkritik beliau dan meminta orang ramai menilai sendiri apa yang dimaksudkan dan bandingkan dengan cara media dikawal sekarang, terutama personaliti seperti Kalimullah “Riong Kali” Hassan dan ‘Budak Tingkat Empat’ sering menghubungi pengarang media untuk menentukan berita dan sudut yang patut diutarakan.
PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juda diberitakan menyalahkan Ketua UMNO Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai punca kekalahan BN di Kelantan dan membuat komen sinis “Semua orang lain saja yang salah. Seorang sahaja tu tak salah! Seorang saja tu tak pernah buat salah!”.
Semasa sidang media, untuk soalan bila beliau akan berhenti menganyang Kepimpinan UMNO sekarang, Tun Dr. Mahathir juga menegaskan “I will stop, IF they stop doing things that will cause UMNO to lose!“, sebagai perakuan bahawa mengembalikan UMNO kepada tahap dimana Kepimpinan ditinggalkanya pada 31 Oktober 2003 adalah paling utama, demi masa depan orang Melayu dan negara.
Untuk soalan mengenai sistem kuota pemilihan dalam UMNO, beliau menjelaskan bahawa sistem itu diadakan agar personaliti tertentu dihalang dari membeli pencalonan dari Bahagian, sebagaimana berlaku semasa Anwar Ibrahim mencabar Timbalan Presiden UMNO Ghaffar Baba dalam pemilihan UMNO 1993.
Sebelum itu, Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid menegaskan bahawa semasa dipecat dari Kerajaan kerana menyokong ‘Team B’ semasa pemilihan UMNO April 1987, PM ‘Flip-Flop’ Abdulah datang kepadanya dan merayu untuk ketengahkan permintaan agar beliau kembali diberikan jawatan Kabinet, walaupun pernah ditawar dalam Lembaga Pengarah Petronas. Abdullah akhirnya kembali sebagai Menteri Luar Negara pada 1991.
Presiden UIAM itu juga menegaskan bahawa beliau telah meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah semasa Pilihanraya Umum ke X 21 November 1999 kerana menerima kepertanggung jawaban BN Kedah kalah 8 dari 15 kerusi Parlimen kepada Pembangkang, walaupun Kerajaan Negeri BN Kedah masih mengekalkan 2/3 majoriti.
Sanusi juga mendesak bahawa Kepimpinan “Menghadapi masalah” dan “Kembalikan budi Bangsa Melayu selama ini mendukung Perjuangan dan tebus kembali maruah Bangsa Melayu, yang sudah tergadai”.
Lebih 1,000 orang hadirin menghadiri majlis anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Chempaka, Bahagian Pandan dalam keadaan penuh sesak di Hotel D’Palma, Ampang Point itu.
*Perkembangan dikemaskini 8.21pm
BERITADARIGUNUNG: